Home » » Pemerhati: Kenapa asyik Anwar yang kena? Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Australia, Elizabeth Evatt,

Pemerhati: Kenapa asyik Anwar yang kena? Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Australia, Elizabeth Evatt,

Written By canang on Sabtu, 1 November 2014 | 11/01/2014 11:31:00 PG

Pemerhati: Kenapa asyik Anwar yang kena?
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Australia, Elizabeth Evatt, hairan dengan motif di sebalik pendakwaan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan liwat.
Evatt, yang menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan hakim Mahkamah Persekutuan negara itu tertanya-tanya mengapa undang-undang itu hanya digunakan ke atas Anwar.
Wanita 81 tahun itu berkata, tidak ramai individu didakwa atas kesalahan meliwat di Malaysia, dan kebanyakan kes itu hanya melibatkan Anwar.
Beliau juga berkata, undang-undang mengenai kesalahan liwat itu mendiskriminasi dan melanggar hak asasi manusia.
"Ini adalah tinggalan sistem perundangan British yang sudahpun dimansuhkannya,” kata beliau.
Ditanya sekiranya beliau mengesan apa-apa campur tangan dalam prosiding tersebut, Evatt berkata beliau tidak melihat kejadian seperti itu setakat ini.
"Saya fikir, kita perlu tunggu keputusannya," tambahnya.
Sementara itu, seorang lagi pemerhati antarabangsa, Danthong Breen berkata isu yang dibangkitkan dalam rayuan itu juga menimbulkan keraguan munasabah, yang membolehkan pembebasan dari sabitan.
“Sekiranya keraguan dapat dibuktikan, itu sudah cukup untuk mendapatkan pembebasan,” kata wakil Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa itu.
Kedua-duanya merupakan antara lima orang pemerhati yang hadir di persidangan Mahkamah Persekutuan.
Malaysiakini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger