Home » » ANAK-ANAK BERTAMBAH BODOH- Hasil PT3 hancur!! Kementerian Pelajaran diminta berhenti perbodohkan ibu bapa pelajar..

ANAK-ANAK BERTAMBAH BODOH- Hasil PT3 hancur!! Kementerian Pelajaran diminta berhenti perbodohkan ibu bapa pelajar..

Written By canang on Isnin, 22 Disember 2014 | 12/22/2014 07:36:00 PTG


Hasil PT3 hancur!! Kementerian Pelajaran diminta berhenti perbodohkan ibu bapa pelajar..
“Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!”
Itu luahan beberapa ibu bapa pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang dikeluarkan hari ini.
Kata seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz (gambar kecil), perubahan sistem peperiksaan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT3 tidak patut diadakan secara mengejut.
“Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3?
“Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?” tegasnya.
“Harus diingat bahawa kegagalan anak-anak untuk mendapatkan keputusan cemerang dalam PT3 ini adalah tanggungjawab Menteri terbabit yang tidak mengkaji apa implikasinya membuat perubahan peperiksaan daripada PMR,” tegasnya dalam nada kecewa.
Apa yang dibimbangkan pelajar-pelajar ini akan lahir sebagai pelajar tidak berkualiti untuk masa akan datang
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=658024547644532&set=a.228599787253679.51541.100003109786745&type=1&theater
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger