Home » » Bagi masa Najib berehat, dia cuma manusia biasa, kata Muhyiddin

Bagi masa Najib berehat, dia cuma manusia biasa, kata Muhyiddin

Written By canang on Jumaat, 26 Disember 2014 | 12/26/2014 08:45:00 PG


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minta rakyat jangan bimbang kerana beliau akan pastikan bencana banjir dalam negara ditangani sebaik mungkin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014

.Rakyat diminta memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berehat dan bercuti di luar negara walaupun negara ketika ini menghadapi bencana banjir di pantai timur, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan perdana menteri itu berkata, tidak perlu mempertikaikan Najib yang kini dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kerana beliau sebelum ini sudah bekerja kuat mentadbir negara. "Bagi masa dia rehat, dia sudah bekerja terlalu keras. Dia cuma manusia biasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Krismas di Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya, hari ini.
 Katanya, kini beliau bertanggungjawab sepenuhnya mentadbir negara sepanjang pemergian Najib ke luar negara dan memberi jaminan akan menangani isu banjir dengan baik. "Percaya kepada saya. Jangan bimbang perdana menteri yang di luar negara, risau apa yang berlaku di sini. "Saya bagi jaminan saya bekerja rapat dengan semua agensi terlibat. Saya jalankan tugas memegang kuasa sebagai perdana menteri. Jadi, jangan bimbang," katanya. – 25 Disember, 2014.
Share this article :

1 ulasan:

bat8 berkata...

Tuan

Kenyataan Muhyidin diatas adalah kenyataan bangang......Tak cukup lagikah Najib berehat selama setahun sejak holiday keling tahun lepas dengan serba kemewahan?

Najib perlu rehat kerana buat kerja apa? Kalau Najib betul-betul kuat bekerja tak le negara kita dalam keadaan tenat seperti sekarang. Sebok kerja buat hutang negara, sebok membašŸ˜£zir wang negara? Sebok dok fikir bagaimana nsk cekik rakyat dengan pelbagai beban?

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger