Home » » KANTOI- MP BN: Lawatan ke Taiwan untuk elak lompat parti

KANTOI- MP BN: Lawatan ke Taiwan untuk elak lompat parti

Written By canang on Isnin, 15 Disember 2014 | 12/15/2014 08:47:00 PTG

MP BN: Lawatan ke Taiwan untuk elak lompat parti
Setelah bertahun-tahun dinafikan pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang ahli Parlimen (MP) BN akhirnya mengaku bahawa 40 MP telah dihantar melawat Taiwan sebelum 16 September 2008 untuk menghalang mereka daripada melompat ke Pakatan Rakyat.
Semasa pemeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Timbalan Speaker Parlimen, Datuk Ronald Kiandee berkata lawatan itu bertujuan untuk menghentikan dalang 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendatangi mereka.
Peguam Ranjit Singh bertanya sama ada lawatan itu dibuat bagi mengelak Anwar.
"Ya," balas Kiandee, yang turut menyertai lawatan itu bersama sembilan rakannya dari Sabah.
"Adakah lawatan itu dibuat untuk mengelak 16 September daripada berlaku?" tanya peguam itu lagi.
"Ya," kata Kiandee lagi sambil menambah lawatan itu dianjurkan oleh kelab penyokong kerajaan BN.
Ranjit mewakili Anwar dalam saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang itu terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Malaysiakini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger