Home » » Penduduk di Pulau Belitung dakwa nampak sebuah pesawat jatuh

Penduduk di Pulau Belitung dakwa nampak sebuah pesawat jatuh

Written By canang on Isnin, 29 Disember 2014 | 12/29/2014 12:20:00 PG

Kompas.com pada pagi tadi melaporkan sebuah pesawat jatuh di perairan Pulau Belitung Timur, Sumatera.
Dikatakan salah seorang penduduk di kawasan berkenaan memberikan maklumat berkenaan kejadian itu dan kemudiannya menghubungi bangkapos.com.
Penduduk tersebut dikenali sebagai Pak Danlanud mendakwa sebuah pesawat jenis Air bus terjatuh di sekitar perairan Beltim.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar pesawat yang dikatakan itu terjatuh.
Sementara itu CNN Indonesia pula melaporkan lokasi terakhir pesawat Air Asia  dari bandar Indonesia di Surabaya ke Singapura yang dikatakan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pagi tadi dikesan berada di sekitar Pulau Belitung, Sumatera.
Pesawat berkenaan dilaporkan terputus kawalan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada jam 7.24 pagi tadi.
Setakat ini dilaporkan seramai 162 orang berada di dalam pesawat berkenaan, dengan 155 adalah penumpang dan tujuh krew. Seorang warganegara Malaysia dilaporkan antara penumpang pesawat berkenaan. Manakala selebihnya terdiri daripada seorang warga Singapura, seorang warga British, tiga warga Korea Selatan (termasuk bayi) dan 149 warga Indonesia.  
Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.
Pesawat itu berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Dikatakan pesawat Air Asia Indonesia itu memohon laluan luar biasa kerana dikatakan terpaksa menempuh cuaca buruk dan ribut.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger