Home » » Tukar ‘Malaysia Boleh’ kepada ‘Malaysia Bodoh’ – Mahfuz

Tukar ‘Malaysia Boleh’ kepada ‘Malaysia Bodoh’ – Mahfuz

Written By canang on Rabu, 10 Disember 2014 | 12/10/2014 10:32:00 PTG

PETALING JAYA: PAS mencadangkan supaya slogan ‘Malaysia Boleh’ ditukar kepada ‘Malaysia Bodoh’ berikutan kegagalan melantik anak tempatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat baru Malaysia Airlines Berhad.
Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelantikan Christoph R Mueller sebagai CEO MAS NewCo merupakan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) merealisasikan slogan ‘Malaysia Boleh’.
Beliau mendakwa, jikalau sebelum ini pemimpin BN sering mencanang bahawa kita serba boleh tetapi dengan pelantikan warga asing sebagai peneraju baru MAS membuktikan kegagalan Malaysia dalam melahirkan tokoh pengurusan korporat tempatan.
Menurutnya, pelantikan itu membuktikan slogan Malaysia Boleh hanyalah palsu sambil menambah, “Pemilihan warga asing untuk menerajui MAS membuat slogan ‘Malaysia Boleh’ bertukar menjadi ‘Malaysia Bodoh’ seperti kenyataan sinis Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia ini bodoh dan tak layak untuk menerajui syarikat penerbangan tersebut.”
Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu menyelamatkan dan memulihkan MAS bukanlah cerita baru.
Katanya, MAS berterusan mengalami kerugian walaupun pelbagai pelan pelaksanaan telah dilakukan termasuk membabitkan Datuk Seri Idris Jala dan Tan Sri Azman Mokhtar, ”sehingga MAS terpaksa tutup kedai.”
“Sungguh menghairankan, apabila mereka yang telah terbukti gagal menyelesaikan masalah itu kini diberi tanggungjawab memulihkan MAS dengan plan pemulihan yang antaranya membawa masuk tokoh asing untuk menyelamatkan MAS,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Tambah Mahfuz, secara lojiknya jawatan yang mereka pegang sekarang ini seharusnya diisi oleh warga asing yang berkebolehan kerana mereka berdua telah terbukti gagal memulihkan MAS.
Beliau berkata, langkah melantik warga asing telah membentuk sikap hilang kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kebolehan anak-anak Malaysia untuk diberi tanggungjawab besar di masa depan negara.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger