Home » » Ibu bapa jangan hanya harap biasiswa kerajaan, kata Rosmah

Ibu bapa jangan hanya harap biasiswa kerajaan, kata Rosmah

Written By canang on Isnin, 12 Januari 2015 | 1/12/2015 11:41:00 PTG


Datin Seri Rosmah Mansor menasihati ibu bapa supaya memperuntukkan wang untuk pendidikan anak-anak mereka daripada hanya bergantung pada kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Januari, 2015.

Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan ibu bapa agar memperuntukkan simpanan untuk pendidikan anak-anak dan tidak terus bergantung kepada kerajaan. Isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata, berdasarkan pengalamannya menemui penuntut di luar negara, masalah yang sering dihadapi mereka ialah biasiswa yang tidak mencukupi. "Tidak mesti mengharap pada kerajaan saja. Kita juga bertanggungjawab memberi yang terbaik kepada anak-anak kita. "Saya tahu kerajaan banyak sediakan biasiswa, tetapi kalau tidak dapat kerajaan juga salah, dapat sikit kerajaan juga salah. "Saya memang selalu ikut suami saya berjumpa penuntut luar negara negara. Apa masalah? Tidak cukup biasiswa.

 Tidak cukup memanjang," katanya ketika berucap merasmikan Pelaburan ASB2 Anak-anak Permata Negara di Putrajaya hari ini. Rosmah juga menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya kerana ramai yang sudah ditipu pihak yang tidak bertanggungjawab. Katanya, pengetahuan mengenai pelaburan penting bagi mengelak terdedah kepada penipuan skim yang berleluasa kini. “Kejadian ini kerap berlaku dan mengakibatkan mereka kerugian begitu banyak sehingga menjangkau puluhan ribu ringgit.
 “Jumlah yang begini besar jika dilaburkan dalam saham amanah seperti PNB adalah jauh lebih baik dan selamat,” katanya. Beliau berkata kebanyakan rakyat kini sudah berjaya memperuntukkan sejumlah wang daripada pendapatan mereka untuk simpanan dan tabungan bagi keperluan masa depan. Katanya, dengan amalan menyimpan atau menabung menerusi pelaburan saham amanah, ia juga akan menyumbang kepada peningkatan tabungan negara. “Pelaburan dalam saham amanah merupakan mekanisme yang berkesan bagi mengagihkan kekayaan ekonomi negara secara sama rata.
 “Ia juga instrumen pelaburan yang menarik kerana menawarkan pulangan yang berpadanan dengan risiko pelaburannya,”katanya. PNB hari ini melalui ASB2 menyalurkan nilai pelaburan berjumlah RM100 atau 100 unit bagi setiap anak-anak Permata. Jumlah keseluruhan sumbangan PNB itu berjumlah hampir RM1.6 juta untuk dimanfaatkan kepada 15,492 anak-anak Permata. – 12 Januari, 2015.  The Malaysian Insider
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger