Home » » Mayat ditemui rentung dipercayai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri

Mayat ditemui rentung dipercayai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri

Written By canang on Rabu, 21 Januari 2015 | 1/21/2015 08:01:00 PG

IPOH: Mayat yang temui dalam keadaan rentung terbakar di Lumut, Jumaat lalu dipercayai sebagai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dari Bukit Mertajam yang dilaporkan hilang.
Menurut sumber, perkembangan itu disahkan oleh ahli patologi berdasarkan rekod pergigian milik mangsa.
Sumber juga berkata, bedah siasat berdasarkan rekod pergigian itu dijalankan hari ini berikutan keadaan mayat yang semakin mereput.

"Kami bagaimanapun sedang menunggu laporan DNA bagi mengesahkan identiti mayat berkenaan, " katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam ketika dihubungi berkata, polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Siasatan sudah pun dijalankan sebaik mayat berkenaan ditemui Jumaat lalu," katanya.
Laporan sebelum ini menyebut, mangsa dilaporkan hilang sejak Rabu lalu dan kali terakhir dilihat dalam keadaan diikat dan dibawa menaiki kenderaan selepas meninggalkan sebuah pusat refleksologi di Bukit Mertajam.
Siasatan polis setakat ini mendapati, suspek datang kepada mangsa dengan menaiki dua kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kali terakhir dilihat menghala keluar di plaza tol Changkat Jering, Lebuhraya Utara Selatan.
Mayat mangsa kemudian dilaporkan ditemui kira-kira 200 meter dari jalan besar berhampiran Swiss Garden Resort dekat Lumut.
Mangsa juga dipercayai bekas tahanan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 yang sudah dimansuhkan.BH
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger