Home » » Utusan Online nafi keluarkan berita kematian Nik Aziz

Utusan Online nafi keluarkan berita kematian Nik Aziz

Written By canang on Khamis, 22 Januari 2015 | 1/22/2015 08:50:00 PG

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Utusan Online menafikan ada mengeluarkan berita mengenai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia seperti didakwa oleh sebuah blog yang kemudian tersebar di media sosial sejak semalam. Sebaliknya, bekas Menteri Besar Kelantan yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dilaporkan sudah sedarkan diri hari ini dan keadaannya semakin stabil. Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, ayahnya sudah mampu untuk menunaikan solat subuh pada pagi ini dan tahap kesihatannya semakin baik. Semalam, sebuah blog telah mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Nik Aziz dengan memetik sumber daripada Utusan Online. - UTUSAN ONLINE
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger