Home » » 10 Negara Paling Aman Di Dunia..Singapura Ke3,Malaysia...

10 Negara Paling Aman Di Dunia..Singapura Ke3,Malaysia...

Written By canang on Isnin, 9 Mac 2015 | 3/09/2015 10:41:00 PTG

Setiap tahun Institute for Economics and Peace (IEP) akan menyediakan Global Peace Index (GPI) yang bertujuan mengukur kadar keamanan sesebuah negara berdasarkan faktor dalaman dan luaran.
Walaupun pelbagai masalah dan pergolakkan berlaku di sejenak pelusuk dunia, kajian yang bermula pada tahun 2007 itu tetap akan menyenaraikan 20 negara yang dianggap paling aman di dunia.
Bimbang keselamatan diri serta keluarga sekiranya pergi bercuti di luar negara? Lawatilah 10 negara yang diiktiraf selamat ini:
10 – Jepun
2
Tidak dinafikan negara matahari terbit ini amat kaya dengan keindahan budaya. Sejak perang dunia kedua, Jepun berjaya mengekalkan keamanan ekoran kadar jenayah yang stabil kesan dari penegasan kuasa keselamatan dalaman. Konflik dalaman yang terkawal menjurus kepada kemajuan ekonomi sehingga menjadi yang ketiga terbesar di dunia.
9 – Switzerland
2
Menurut IEP, Switzerland sentiasa memelihara sistem pemerintahan serta budayanya. Negara yang mempunyai markah tertinggi dalam kestabilan politik ini turut mempunyai rekod terendah dalam kadar jenayah. Walaupun tampil sebagai satu kuasa neutral di dunia, Switzerland tetap mengekalkan hubungan diplomatik terhadap banyak negara lain.
8 – Republik Czech
2
Selepas Revolusi Velvet dan perpisahan dengan Slovakia, Republik Czech mendapat kemerdekaan dari Soviet pada tahun 1989. Meskipun masih dianggap baharu, negara yang pernah dikenali sebagai Czechoslovakia ini giat menumpukan pembangunan ekonomi kapitalis untuk kesejahteraan pelaburan asing. Ibukota Prague terpilih sebagai salah satu lokasi paling terindah di dunia.
7 – Belgium
2


Terletak di tengah benua Eropah, Belgium merupakan negara pusat utama European Union dan North Atlantic Treaty Organization (NATO). Kes pembunuhan dan jenayah di Belgium adalah amat rendah sungguhpun ditimpa krisis kerajaan sekitar tahun 2008 hingga 2011. Bandaraya zaman pertengahan, dewan bandar indah, istana megah, dan keindahan alam semula jadi menjadi tarikan pelancong.
6 – Iceland
2
Negara yang terkenal dengan glasier dan gunung berapi ini mempunyai prinsip untuk menjauhkan diri dari sebarang konflik dunia. Jarang sekali Iceland dilanda kontroversi dan menjadi bual bicara penduduk di seluruh dunia dalam laman sesawang. Pelancong gemar menjadikan ibukota Iceland iaitu Reykjavik sebagai destinasi percutian.
5 – Sweden
2
Jika mahu membandingkan kadar rompakan yang berlaku di Sweden dan Amerika Syarikat dalam setahun, ia umpama langit dan bumi! Sweden hanya mempunyai 9,000 kes berbanding 350,0000 insiden berlaku di Amerika Syarikat. Negara yang terletak di utara Eropah ini tidak pernah dibelenggu peperangan selama 2 abad walhal ia merupakan pengeluar senjata terbesar di dunia!
4 – Slovenia
2
Lokasi percutian yang indah, negara yang terletak di benua Eropah ini menduduki tangga terendah di dalam carta misi keamanan PBB. Slovenia mempunyai jumlah terendah dalam kes jenayah masyarakat, konflik dalaman, protes ganas malah hanya beberapa peperangan kecil sahaja pernah berlaku dalam sejarah negara.
3 – Singapura
2
Negara kecil ini tidak pernah menolak pelawaan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai acara membabitkan bantuan kemanusiaan. Menurut GPI, kadar keganasan dan kes pembunuhan adalah jauh lebih rendah daripada kadar jenayah keseluruhan.
2 – Norway
2
Meskipun pernah dirundum kes pengeboman beramai-ramai oleh Anders Behring Breivik pada tahun 2011, itu tidak menjadikan Norway tidak selamat dilawati. Negara Scandinavia ini mencatat tahap pembangunan manusia tertinggi di dunia. Kerajaan Oslo pula sentiasa menitikberatkan hal ehwal rakyat dan negara dalam apa cara sekalipun.
1 – Denmark
2
Denmark menduduki tangga pertama dalam senarai negara paling aman di dunia kerana ia benar-benar selamat untuk didiami. Masyarakat negara ini tidak suka mencampur tangan dalam konflik melibatkan keganasan. Mereka lebih gemar menumpukan perhatian dalam bidang ekonomi. Elok juga mengamalkan prinsip ‘jaga tepi kain sendiri’ bukan?
2
Sumber: Mylaunchpad
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger