Home » » #KitaLawan: Waran tangkap Nurul Izzah, Umno bacul perguna PDRM

#KitaLawan: Waran tangkap Nurul Izzah, Umno bacul perguna PDRM

Written By canang on Jumaat, 13 Mac 2015 | 3/13/2015 09:18:00 PTG


#KitaLawan: Waran tangkap Nurul Izzah, Umno bacul perguna PDRM – BUKIT SEGAMBUT 13 MAC: Empat sekumpulan anggota polis menyerbu ke kediaman Nurul Izzah Anwar di sini kira-kira 5.10 petang tadi dengan membawa waran tangkap ke atas Naib Presiden KEADILAN itu.
Perkara itu disahkan Nurul Izzah di twitter sambil memaklumkan beliau ketika itu tiada di rumah kerana dalam perjalanan ke Kota Bharu.
Nurul Izzah pada Himpunan #KitaLawan 7 Mac lalu memberitahu, beliau menerima surat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memintanya hadir pada Isnin ini, 16 Mac bagi membantu siasatan polis berkait kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, tindakan polis yang mahu menahan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menunjukkan polis sebagai perkakas Umno.
“Polis kini di hadapan rumah Nurul Izzah dengan waran tangkap. Kebaculan Umno mempergunakan PDRM sudah sampai tahap baru!” kata Afif dalam respon ringkasnya di twitter.
 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1469659059954185&set=a.1401770103409748.1073741828.100007303149951&type=1&theater
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger