Home » » Ratusan jemaah umrah ‘ghaib’ ditemui

Ratusan jemaah umrah ‘ghaib’ ditemui

Written By canang on Selasa, 24 Mac 2015 | 3/24/2015 05:50:00 PG

RATUSAN penduduk daerah Mesuji yang hilang secara misteri ketika mengikuti pakej umrah percuma, ditemui selamat di Malang, Jawa Timur.
Media semalam melaporkan, seramai 257 orang anggota rombongan itu bersembunyi di sebuah hotel di bandar berkenaan sejak Disember tahun lalu.
Ketua Polis Singosari, Decky Hermansyah berkata, sepanjang tempoh ‘persembunyian’ itu, mereka diberi pelbagai latihan, seperti menguatkan mental dan berdikari.
“Menurut mereka, latihan berkenaan diperlukan sebagai persiapan menjalani ibadah nanti,” katanya.
Berdasarkan siasatan, Decky berkata, rombongan daripada pelbagai keluarga dari Lampung itu dibawa melalui wilayah Jawa Tengah dan Surabaya sebelum tiba di Malang.
Mereka kemudian ditempatkan di beberapa hotel sebagai ‘markas’ menjalani latihan berkenaan.
“Tidak dapat dipastikan dari mana mereka mendapat dana bagi menampung keperluan hidup sejak tiga bulan lalu,” katanya.
Mengenai identiti penaja umrah percuma itu, Decky berkata, polis mengesan dua individu dipercayai menjadi penggerak inisiatif terbabit.
Bagaimanapun, katanya, polis masih menyiasat latar belakang individu terbabit – masing-masing dari Yosowilangun Lumajang dan Kremil Surabaya.
Sementara itu, polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mendakwa dia merekrut jemaah berkenaan untuk pergi ke Makkah atas dasar nazar bapa mentuanya.
“Ketika ini polis menguruskan penghantaran pulang penduduk Mesuji itu secara berperingkat-peringkat.
“Langkah ini dibuat ketika muncul tanggapan mereka dilatih untuk menyertai militan Negara Islam,” katanya.-Agens
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger