Home » » Shafee pernah terlibat dalam jenayah pemalsuan dan penyembunyian fakta

Shafee pernah terlibat dalam jenayah pemalsuan dan penyembunyian fakta

Written By canang on Khamis, 19 Mac 2015 | 3/19/2015 06:57:00 PTG

 Selepas mengarahkan siasatan terhadap Shafee, kerana mengesyaki Shafee berkemungkinan telah melakukan satu kesalahan, Abdul Gani melantiknya sebagai timbalan pendakwa raya.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP (Bukit Gelugor) Ram Karpal Singh hari ini membidas tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang bertindak melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwaraya dalam mengendalikan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan Shafee didakwa melakukan kesalahan jenayah sebelum ini.
Menurut beliau, tindakan Abdul Gani amat mengelirukan kerana pada 3 Januari 2014 satu perintah menyiasat di bawah Seksyen 108 (2) dan Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah oleh Peguam Negara terhadap kesalahan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan untuk kes rayuan jenayah berdasarkan laporan Datuk Mat Zain terhadap Shafee,
Mengikut laporan, Shafee membuat dua kesalahan iaitu sengaja membuat kenyataan palsu dalam afidavit jawapan dan menyembunyikan fakta material yang ada kaitan dengan prosiding rayuan jenayah kes Liwat II.
“Selepas mengarahkan siasatan perlu dibuat terhadap Shafee, beliau dilantik pula sebagai timbalan pendakwa raya.
“Ini bermakna peguam negara sendiri telah mengesyaki Shafee berkemungkinan telah melakukan satu kesalahan,” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.
Sehubungan itu, Abdul Gani diminta bertanggungjawab ke atas tindakan melantik individu yang dikatakan telah melakukan kesalahan jenayah kerana ia melibatkan kepentingan dan dana awam.
Selain itu, Ram turut mempersoal tindakan Peguam Negara yang bertindak melantik Shafee sedangkan beliau merupakan penasihat undang-undang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Apa kepentingan melantik orang yang berkait rapat dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN),” tanya beliau lagi.
Pada masa sama Ram juga mempertikai tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Syukry yang membuat pengumuman tentang bayaran caj guaman sebanyak RM1,000 oleh kerajaan untuk megendalikan kes liwat Anwar.
“Sedangkan pengumuman tersebut perlu dibuat oleh Menteri Kewangan kerana ia melibatkan dana negara.
“Adakah ini benar dan disahkan oleh Menteri Kewangan?,” soalnya.
 http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/03/18/shafee-pernah-terlibat-dalam-jenayah-pemalsuan-dan-penyembunyian-fakta/
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger