Home » » TAHUKAH ANDA ? Jika ubat anda tidak digunakan anda boleh pulangkan semula ke farmasi hospital ?

TAHUKAH ANDA ? Jika ubat anda tidak digunakan anda boleh pulangkan semula ke farmasi hospital ?

Written By canang on Selasa, 24 Mac 2015 | 3/24/2015 08:46:00 PTG

Pada tahun 2010, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian  Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Program Pemulangan Ubat. Melalui program ini, pesakit boleh memulangkan ubat-ubatan yang tidak digunakan atau berlebihan untuk dilupuskan dengan cara yang selamat.
Antara faktor yang menyumbang kepada ubat berlebihan dalam simpanan pesakit adalah seperti berikut:
  • Pertukaran regimen rawatan
  • Pemberhentian rawatan
  • Pesakit tidak komplian terhadap pengubatan
  • Pesakit meninggal dunia
  • Ubat diperolehi dari pelbagai sumber
Ubat-ubat yang tidak diperlukan lagi boleh dipulangkan melalui kaunter farmasi / kotak pemulangan ubat yang disediakan di semua fasiliti farmasi hospital dan klinik kesihatan KKM.SUMBER
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya kita dilarang membuang ubat2an sembarangan. dikhuatiri pil2 dan cairan akan dimakan oleh kanak2 atau haiwan, burung dan ikan.

digalakkan diberikan kpd pihak farmasi hospital samada yg dah lupus tarikh atau belum.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger