Home » » Ucapan Anwar tetap berkumandang di Parlimen

Ucapan Anwar tetap berkumandang di Parlimen

Written By canang on Khamis, 5 Mac 2015 | 3/05/2015 07:01:00 PTG

Ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap berkumandang di Dewan Rakyat walaupun beliau tidak mendapat kebenaran untuk menghadiri sesi Parlimen yang bermula pada 9 Mac.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah mengesahkan ucapan Anwar tetap akan disampaikan di Dewan Rakyat.

Malaysiakini difahamkan PKR akan melantik salah seorang ahli Parlimen untuk membaca ucapan bagi pihak Anwar dan Nurul Izzah, dijangka menyampaikannya.

Setiausaha penganjur kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa parti itu bersetuju dengan perkara itu.

Anwar masih seorang ahli Parlimen dan ketua pembangkang sementara menunggu keputusan permohonan pengampunan diraja.MK
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger