Home » » Bekas banduan kongsi pengalaman sedih Anwar di penjara

Bekas banduan kongsi pengalaman sedih Anwar di penjara

Written By canang on Rabu, 29 April 2015 | 4/29/2015 10:52:00 PG




 

KUALA LUMPUR 28 APRIL- Di sebalik tirai besi, tiada siapa menyangka, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim membuka lembaran baharu kepada penghuni-penghuni Penjara Sungai Buloh. 

Sulaiman Ajik, 49 yang baru dibebaskan selepas dipenjara enam bulan hadir ke pejabat Suara Keadilan berkongsi cerita dan pengalamannya bersama Anwar.


“Kali pertama melihat Anwar di dalam sel waktu itu, saya cukup sayu dan sedih. Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.
“Tapi beliau tidak mudah patah semangat. Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan-banduan lain,” kata Sulaiman menceritakan detik-detik awal ketika melihat sosok tubuh pemimpin berjiwa besar di hadapannya waktu itu.
Sulaiman berkata, masa Anwar banyak dihabiskan dengan mentelaah buku agama dan membaca Al Quran. Malah Anwar juga mengimamkan lebih 300 jemaah banduan dan petugas-petugas penjara serta menyampaikan tazkirah seusai solat.
“Beliau langsung tidak menyentuh isu politik, semua pengisian adalah berbentuk nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik dan berguna kepada manusia.
“Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, para banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan,” katanya yang tidak ralat gambarnya disiarkan Suara Keadilan.
Sulaiman dipenjarakan atas dakwaan memiliki barang curi selepas mendakwa dirinya diperdaya untuk membeli sebuah laptop daripada seorang pelajar.
Menceritakan pengalamannya lebih lanjut, Sulaiman berkata keadaan sel penjara sangat menyeksakan bagi individu seusia Anwar.Apatah lagi, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menderita sakit belakang.
Mungkin selepas mendapat bantahan peguam, katanya, Anwar diberikan sebuah meja sebagai alas tempat tidur.
“Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas perbaringan. Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang lain yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur,” ceritanya sayu.
Dalam wawancara bersama Suara Keadilan, Sulaiman turut menceritakan kegemaran Anwar menyanyikan lagu Azizah dan berpuisi ketika berada dalam sel penjara. Malah beliau sempat mencatatkan puisi yang dibacakan Anwar.
Temubual penuh bersama Sulaiman boleh didapati menerusi keluaran terbaru akhbar Suara Keadilan yang kini berada di pasaran mulai hari ini.
Share this article :

1 ulasan:

nonbal berkata...

Kah kah kah!!!
itu saja...

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger