Home » » Jangan tunggu dalam kenderaan jika rosak

Jangan tunggu dalam kenderaan jika rosak

Written By canang on Rabu, 27 Mei 2015 | 5/27/2015 05:03:00 PTG


HULU TERENGGANU - Polis Terengganu menasihati pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) supaya tidak berada di dalam kenderaan ketika kereta mereka mengalami kerosakan semasa menggunakan laluan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata pemandu serta penumpang perlu mencari tempat yang selamat dan sesuai, sementara bantuan daripada Peronda Lebuhraya sampai untuk memberikan bantuan bagi menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
"Jika berlaku kerosakan kenderaan di LPT kami nasihatkan orang ramai agar tidak terus berada di dalam kenderaan mereka dan mencari lokasi yang lebih selamat seperti berhampiran penghadang jalan agar tidak membahayakan keselamatan mereka dan pengguna yang lain," katanya mengulas kes kemalangan maut di kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sehingga menyebabkan empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo.
Kejadian itu juga turut mengakibatkan dua orang lagi mangsa wanita dewasa yang berada di luar kenderaan ketika kejadian mengalami kecederaan.
Dalam nahas kira-kira pukul 4.30 petang itu, dipercayai enam sekeluarga berkenaan dalam perjalanan dari Kota Baharu, untuk menghadiri majlis konvokesyen Politeknik Muadzam Shah di Pahang. - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger