Home » » Majlis Perbandaran Silap Tanam Ganja Jadi Pokok Hiasan

Majlis Perbandaran Silap Tanam Ganja Jadi Pokok Hiasan

Written By canang on Jumaat, 29 Mei 2015 | 5/29/2015 04:33:00 PTG


ASTANA – Penemuan ribuan pokok ganja hidup subur menghiasi kawasan hijau di ibu negara Kazakhstan dan pihak berkuasa majlis perbandaran melancarkan satu siasatan terperinci tentang hal yang mengejutkan tersebut. Pada mulanya penduduk sekitar Astana yang berjalan di Auezova Street menyedari akan bau-bauan yang menyebabkan ramai berasa pening kepala serta khayal seperti penagih dadah.

 Susulan itu orang ramai telah memaklumkan kepada pihak berkuasa majlis tempatan dan pegawai bahagian landskap telah memulakan siasatan dan kemudian menyedari tanaman hiasan tersebut sebenarnya adalah MARIJUANA! Majlis bandar raya Astana segera mengarahkan penyiasatan dilakukan ekoran penemuan yang amat mengejutkan. 'Tanaman hiasan' itu melibatkan sehingga sepanjang jalan utama yang mana telah ditanam ribuan spesies kanabis yang diharamkan pemerintah. Siasatan awal merumuskan pokok ganja berkenaan mungkin ditanam secara tidak sengaja oleh pekerja landskap majlis tempatan yang tidak tahu ia adalah tumbuhan narkotik atau memang ditanam sindiket dadah tertentu.
 Seorang jurucakap firma kontraktor perkhidmatan tanaman bandar, Zelenstroy yang mendapat tender landskap oleh majlis tempatan berkata, mereka turut menjalankan siasatan dalaman terhadap semua pekerja terlibat. “Jika benar itu memang sah ganja, kami tidak teragak-agak membuang tumbuhan marijuana tersebut dengan segera dan digantikan kepada pokok hiasan lain,” tegas jurucakap berkenaan dalam satu kenyataan media.

 Seorang penduduk awam, Mihail Malorod yang merupakan individu pertama menyedari pokok narkotik itu mendakwa, tanaman spesies kanabis itu juga ditanam subur di sepanjang bahu laluan Dzhangeldina Street. Astana yang menggantikan Almaty sebagai ibu negara baharu Kazakhstan sejak 1997, merupakan bandar raya terancang dengan banyak landskap tanaman menghiasi seluruh kawasan pentadbiran. - See more at: http://oomedianetworkdot.blogspot.com/2015/05/majlis-perbandaran-silap-tanam-ganja.html#sthash.RJa9maKV.dpuf
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger