Home » » Mufti buat perangai seperti anak haram – Ibrahim Mat Zin

Mufti buat perangai seperti anak haram – Ibrahim Mat Zin

Written By canang on Rabu, 6 Mei 2015 | 5/06/2015 10:55:00 PG

Pengamal perubatan tradisional Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 82 marah dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mahu mewartakan amalan dan ajaran yang dibawa beliau sebagai haram dan sesat.


Ibrahim ketika di temui SuaraTV lewat malam tadi berkata tuduhan tersebut melampau kerana tiada sebarang siasatan yang dilakukan terhadap dirinya terlebih dahulu.
“Bolehkah hukum sesat itu dijatuhkan tanpa berunding, sepatutnya Mufti dan Jabatan Agama Perak jemput saya datang ke pejabat (untuk) berbincang (bukannya terus) menjatuh aib muka saya.
“Saya menjangkakan (merasakan) dia mahu mengambil publisiti murahan atas nama saya (dengan) melemparkan tuduhan yang tidak sepatutnya ke atas diri saya dengan mendakwa saya sesat dan mahu mengambil tindakan” ujarnya kepada SuaraTV di sini, Jumaat.
Beliau yang terkenal dengan jolokan Raja Bomoh itu turut mempertikaikan kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai fitnah terhadap dirinya.
“(Sehingga kini) saya tak dapat sebarang surat (makluman) sering tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan bagi menguruskan perniagaan, tiba-tiba tuduhan seperti ini dilemparkan kepada anak tempatan (Perak), Mufti ini orang dan dari keturunan mana (kerana) saya dimaklumkan beliau berketurunan Banjar.
“Banjar ini bukan orang asal di negari Perak (sedangkan) saya anak jati negeri Perak, mengapa fitnah saya seperti ini” soalnya pula.
Ibrahim yang berang berkata akan mengambil tindakan di atas kenyataan tersebut sambil menggesa agar Mufti Perak itu menyatakan dengan jelas apakah perkara yang dilakukannya yang telah menyalahi agama Islam.
“Tindakan pertama saya ialah membuat laporan polis dan mengemukakan saman malu terhadap beliau (dan) biar mahkamah yang menentukan.
“Apa bukti atas dakwaan yang dilemparkan itu, apakah saya (pernah) mengajar ilmu sesat atau berkumpul dan berceramah bagi tujuan pemujaan” soalnya lagi.
Menurut Ibrahim lagi segala peralatan yang digunakan dalam ritual yang dijalankan olehnya hanyalah simbolik semata-mata malah beliau turut mengunakan ayat-ayat al-quran ketika menjalankan perubatan traditional.
“Teropong dan kepala (yang digunakan dalam ritual sebelum ini) adalah merupakan simbolik, seperti kata orang tua-tua petua datang dahulu (dan) ilmu datang kemudian.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya (dakwaan yang dilemparkan itu) beliau sebagai seorang mufti yang waras tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana telah menjatuhkan imej ahli keluarga dan persatuan saya.
“Persatuan saya telah berdaftar dan Mufti seharusnya semak dan siasat terlebih dahulu agar hukum tidak dijatuhkan dengan sewenang-wenangnya kepada orang yang tidak berdosa.
“Mufti tahu hukum haram tapi kenapa buat perangai seperti anak haram”
Terdahulu, media melaporkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan dalam mesyuaratnya untuk mewartakan ajaran Datuk Ibrahim Mat Zin, dikenali juga sebagai Raja Bomoh, sebagai sesat dan haram.
Harussani berkata, keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh tersebut yang didapati terpesong daripada ajaran Islam sebenar.
Bagaimanapun, jawatankuasa itu tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pewartaan tersebut kerana ia perlu melalui pelbagai proses. – SuaraTV. Lihat video
sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger