Home » » Saman Ibrahim ditolak, diarah bayar RM50k

Saman Ibrahim ditolak, diarah bayar RM50k

Written By canang on Selasa, 19 Mei 2015 | 5/19/2015 08:38:00 PTG

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak saman fitnah yang difailkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali terhadap akhbar The Sun.

Pesuruhjaya Kehakiman M Gunalan memutuskan bahawa artikel yang berkaitan bukan mengenai Ibrahim tetapi mengenai kumpulan hak Melayu itu, PERKASA.

Sehubungan itu, Gunalan juga mendapati bahawa apa yang dilaporkan akhbar itu adalah wajar dan harian itu dilindungi dengan perlindungan bersyarat.

"Mahkamah juga mengarahkan plaintif (Ibrahim) membayar kos RM50,000," katanya yang membuat keputusan bagi kes 2010.

Bernama melaporkan Ibrahim memfailkan saman itu pada 29 April 2010 berhubung artikel bertajuk "Sultan Keeps Perkasa Guessing on Invitation" yang diterbitkan akhbar itu pada 17 Mac 2010.
  
Dalam kenyataan tuntutannya, Ibrahim berkata, antara lain artikel itu berunsur fitnah dan menggambarkan PERKASA sebagai sebuah pertubuhan ekstrem yang hanya memperjuangkan hak kaum tertentu dan beliau ialah pemimpin sebuah kumpulan cauvinis.

Sementara itu, Ibrahim memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya menerima dan akan merayu keputusan mahkamah.

Ini kerana, katanya, pihaknya tidak puas hati memandangkan Sultan Selangor tidak ada langsung menyebut NGO itu sebaga rasis.

"Wartawan The Sun mencipta tanpa apa-apa bukti tapi Mahkamah percaya pada The Sun walaupun Sultan Selangor tidak bertitah demikian.

"Ada fakta yang terkhilaf yang kita mahu tiga Hakim Mahkamah Rayuan meneliti dalam pembicaraan rayuan nanti," katanya
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger