Home » » Yang untung 1MDB, yang rugi pencarum Tabung Haji

Yang untung 1MDB, yang rugi pencarum Tabung Haji

Written By canang on Ahad, 10 Mei 2015 | 5/10/2015 10:36:00 PG

KULAI, 8 MEI: Syarikat kontroversi 1MDB meraih keuntungan besar RM184 juta dengan hanya bertindak sebagai ‘broker’ dari urusniaga jual-beli tanah Tun Razak Exchange (TRX).
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, sekiranya tanah TRX seluas 70 ekar itu tidak dijual kepada 1MDB dengan harga murah pada 2010, kerajaan mampu mendapat perolehan berjumlah RM8,455 juta, dan bukannya RM194 juta.
“Datuk Seri Najib mesti menjelaskan mengapa tanah itu dijual kepada 1MDB hanya RM64 sekaki persegi pada tahun 2010.
“Rakyat Malaysia kehilangan (hasil) berjumlah RM8,261 juta,” kata Nie Ching dalam satu kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan Lembaga Tabung Haji (LTH) membeli satu plot tanah di TRX dari 1MDB pada harga RM188.5 juta atau RM2,773 sekaki persegi.
Tanah TRX seluas 70 ekar itu telah dijual kepada 1MDB pada harga RM194 juta pada 2010, namun dinilai semula sebanyak dua kali kepada RM1.1 bilion dan RM1.59 bilion dalam masa dua tahun.
Berdasarkan laporan kewangan bagi tahun berakhir Mac 2013, tanah tersebut telah dinilai semula sekali lagi pada kadar RM2.7 bilion, bersamaan RM885.50 sekaki persegi.
Difahamkan LTH memperoleh 1.56 ekar plot pada harga RM188.5 juta atau RM2,773 sekaki persegi.
Ketua Pegawai Eksekutif LTH Datuk Johan Abdullah sebelum ini berkata, kadar RM188.5 juta itu harga ‘diskaun’ berbanding nilai pasaran semasa.
Ujar Nie Ching, dakwaan tersebut munasabah berdasarkan dokumen yang dibocorkan, bahawa panel pelaburan LTH pada 30 Mac 2015 mengusulkan kepada Lembaga Pengarah untuk mencadangkan kepada Menteri meluluskan pembelian dari 1MDB Real Estate Sdn Bhd pada kadar RM194 juta, bersamaan RM2, 860 sekaki persegi.
“Dalam erti kata lain, LTH mengambil alih tanah tersebut pada harga yang lebih rendah daripada RM188.5 juta atau RM2,773 sekaki persegi, sepadan dengan diskaun kurang tiga peratus berbanding harga belian yang disarankan.
“Perjanjian ini membolehkan 1MDB meraih keuntungan besar RM184 juta, dengan hanya bertindak tidak lebih sebagai broker tanah.
“Lebih penting lagi, keuntungan untuk 1MDB adalah kerugian kepada semua.
“Datuk Seri Najib berhutang penjelasan kepada rakyat Malaysia,” kata Nie Ching.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger