Home » » APAKAH SEJARAH LAMA AKAN BERULANG KEMBALI...

APAKAH SEJARAH LAMA AKAN BERULANG KEMBALI...

Written By canang on Khamis, 11 Jun 2015 | 6/11/2015 02:18:00 PTG

APAKAH SEJARAH LAMA AKAN BERULANG KEMBALI...
Dalam PAS memang terdapat SB dan Agent UMNO yang berjubah dan berserban yg rajin ke masjid dan mahir ilmu agama, mereka dibayar utk melakukan kerja2 tersebut.. sama seperti apa yg berlaku ke atas Ikhwan di Mesir mereka yg merosakan imej islam - Fadzil Noor..
Mat Sabu pelik Umno gembira keputusan pemilihan PAS, sesuatu bakal berlaku
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu melahirkan rasa hairan dengan reaksi Umno dan media arus perdana yang kelihatan gembira dengan barisan kepimpinan baharu parti yang dianggap janggal. Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu.
Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan.
"Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar. Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. Ada sesuatu akan berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider malam tadi.
"Hampir seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang.
"Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan 'pro ulama',” katanya.
Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata, beliau hairan melihat pimpinan parti terang-terangan membuang undi berpandukan satu senarai nama yang membariskan semua golongan ulama atau pro ulama.
Mat Sabu, dalam pemilihan minggu lepas gagal mempertahankan jawatannya apabila hanya mendapat 279 undi berbanding 881 diperoleh lawannya, bekas naib presiden PAS dan penceramah Forum Perdana Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, selama ini, pertembungan antara ulama dan profesional dalam PAS merupakan perkara biasa. Ini terbukti apabila pihak yang kalah dan menang masih boleh berceramah atas pentas sama.
Bagaimanapun menurut Mat Sabu, keadaan berbeza selepas pemilihan kali ini.
"Selepas beberapa penggal sebagai exco Pemuda, saya dipilih sebagai naib ketua Pemuda PAS Pusat di bawah Datuk Abu Bakar Chik. Wan Ismail, sekarang Yang Dipertua PAS Ketereh, mencabar saya.
"Hubungan saya dengan Wan Ismail berjalan baik, bahkan selalu berceramah di pentas yang sama, sama ada di Kelantan mahupun di luar Kelantan.
"Menjelang 1990, saya pula mencabar Abu Bakar untuk jawatan ketua Pemuda PAS Pusat. Saya tewas, (tetapi) saya terus bersama dengan Abu Bakar dalam berbagai program, sama ada ceramah, demonstrasi atau program dalaman parti," katanya.
Katanya, selepas dua penggal menjawat jawatan naib presiden, pada 2003 beliau memberanikan diri merebut jawatan timbalan presiden PAS.
"Nasharuddin tetap dipilih sebagai timbalan presiden. Walaupun saya kurang gemar cara kepimpinan Nasharuddin, tetapi beliau dipilih secara sah dan bersih melalui muktamar," katanya merujuk kepada seorang lagi bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa.
Menurut Mat Sabu, pada muktamar 2011, beliau sekali lagi cuba menawarkan diri sebagai calon timbalan presiden dan terpilih dan 2013, beliau berjaya mempertahankan jawatannya itu.
"Sama ada Ustaz Wan Ismail, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Nik Amar atau siapa yang biasa bertanding atau berlawan dalam muktamar, lumrah dan biasa – hubungan tetap terjalin terutama melaksanakan keputusan dan program parti," katanya merujuk kepada pencabar yang dikalahkan pada 2013, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Muktamar kali ini buat pertama kali selepas lebih 25 tahun, menyaksikan jawatan presiden dipertandingkan di mana penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar Ahmad Awang.
Hadi bagaimanapun berjaya mempertahankan jawatannya.
Ia juga menyaksikan orang kuat PAS dan golongan profesional seperti bekas Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa serta Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Mohamed Hanipa Maidin dan Dr Dzulkefly Ahmad tidak terpilih membarisi kepimpinan parti itu. – 10 Jun, 2015.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger