Home » » DAP TERUS MENGORAK LANGKAH, UMNO MASIH SIBUK BERSILAT !!!

DAP TERUS MENGORAK LANGKAH, UMNO MASIH SIBUK BERSILAT !!!

Written By canang on Selasa, 23 Jun 2015 | 6/23/2015 09:46:00 PTG

DAP TERUS MENGORAK LANGKAH, UMNO MASIH SIBUK BERSILAT !!!
“Mulai sekarang, kita mahu mengisytiharkan agenda utama kita ialah kesejahteraan rakyat, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan semua aspek,” katanya. kit siang - mStar
Kesejahteraan rakyat, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan semua aspek melibatkan public.
Sedangkan Umno masih sibuk bersilat, menepis pelbagai pekong termasuk 1MDB, sedangkan PRU-14 semakin hampir.
Sepatutnya Umno/BN perlu menilai program2 dan dasar2 yg sedang dilakukan kerajaan, perlu diperhalusi mana satu yg bawak RUNGUTAN RAKYAT, yg bolih membuatkan BN ditolak dalam PRU-14 nanti. itu yg wajib di selesaikan, kerana RUNGUTAN rakyat itulah modal pembangkang.
Jika rungutan dipandang lewa, Menteri2 hanya sibuk menepis, memberi pelbagai alasan yg tak masuk akal, ia boleh membiak menjadi protes terhadap kerajaan.
Memahami sejarah pembangkang, terdapat 2 elemen penting bagaimana mereka mampu perolehi sokongan pengundi.
Dua elemen yg selama ini digunakan Dap (pembangkang) adalah ;
- Mengoptimakan protes dan konflik dalaman lawan.
- Menggunakan rungutan rakyat sebagai modal.
Perlu diketahui, pola pemikiran politik pengundi sekarang sudah jauh berubah. Konsep politik ala tv hitam putih sudah tak boleh dipakai lagi.
Antara yg paling purba yg masih kita guna pakai adalah siri memfitnah lawan. Konten dan konteksnya sudah tidak relevan, harus diakui majoriti pengundi sekarang lebih banyak mentelaah isu pro dan kontra.
Pengundi kini berani dan amat terbuka ... ini sudah dapat dilihatkan melalui wave undian PRU-13 lalu dan semasa krisis Tun dan Najib seperti sekarang ini.
Dari urban, kini protes itu merebak ke semi urban. Akuilah dengan ikhlas, adakah Umno punyai masa lagi untuk merubah pemikiran pengundi.
Melihatkan move dan kenyataan terbaru Kit Siang itu, jelas menampakkan bahawasanya pengoptimaan undi dari konflik lawan bukan lagi pilihan Dap dan pembangkang.
Mereka kini fokus kepada RUNGUTAN RAKYAT. Dari rungutan inilah yg bakal bertukar protes dan seterusnya menjadi modal politik mereka.
Blogers pro Umno/BN perlu lebih berani dan berkerja keras untuk mencuit hati para pengundi. Tak perlu syok sendiri dengan dodoian di kalangan sesama kita, sedangkan di luar sana protesan lagi banyak dirungutkan olih rakyat dan public.
Contohnya, isu kepenggunaan adalah kunci utama yg public sedang perkatakan. Isu kepenggunaan inilah subjek makro yg Kit Siang sebutkan itu ...
“Mulai sekarang, kita mahu mengisytiharkan agenda utama kita ialah kesejahteraan rakyat, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan semua aspek,” katanya..
Jika pembangkang mengambil istilah 're alignment ' dalam konteks krisis hubungan di kalangan mereka, maka sudah sewajarnya lah Umno BN melakukan ' re alignment' dalam mendapatkan semula kepercayaan pengundi dan semestinya ianya berlegar di dalam konteks public dan kepenggunaan.
Jangan sibuk nak mengampu dan mengulum teloq Najib saja ... percayalah, itu tak kan ke mana ... Menyerang Tun secara berlebihan juga adalah strategi yg salah, kerana rekod Tun dalam Umno dan kepimpinan negara sendiri berbanding Najib sudah menceritakan segaa2nya. Jadi menyerang Tun secara berebihan, samalah juga seperti mencurahkan Undi penyokong2 Umno sendiri kelongkang .... fahamkan itu sumber....
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger