Home » » Dr M datang tidak dijemput, kata penganjur #Nothing2Hide

Dr M datang tidak dijemput, kata penganjur #Nothing2Hide

Written By canang on Sabtu, 6 Jun 2015 | 6/06/2015 08:00:00 PTG

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir ke majlis #Nothing2Hide: "Dialog PM bersama NGO" tanpa sebarang undangan daripada pihak penganjur, kata Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat. "Beliau hadir kerana sudah tersebar di media sosial bahawa beliau akan hadir, jadi Dr Mahathir membuat keputusan untuk hadir. "Pihak penganjur tidak memberikan undangan untuk beliau," katanya dalam satu sidang media selepas program itu dibatalkan.

Sementara itu Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan Najib tidak hadir ke program tersebut atas faktor keselamatan di lokasi ia berlangsung. Menurut kenyatan itu lagi, penganjur akur dengan nasihat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar majlis itu dibatalkan bagi menjaga ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat. BACA: #Nothing2Hide: 'Saya mahu Najib teruskan perjuangan arwah bapanya' - Tun M Khairul Anwar juga berkata sekumpulan hadirin telah merempuh pintu masuk Dewan Tun Hussein Onn membawa Tun Dr. Mahathir masuk ke dewan dan kemudian menyerahkan pentas kepada bekas Perdana Menteri itu untuk berucap. Ditanya siapa memberi kebenaran untuk Tun Dr. Mahathir berucap, Khairul berkata: "Saya tidak pasti." Khairul Anwar juga memberitahu bahawa 2,500 wakil NGO hadir untuk program berkenaan tetapi dewan hanya boleh memuatkan 1,500 sahaja. "Kalau kita dapat pengesahan kehadiran lebih awal, pastinya kita akan berbincang dengan pihak PWTC untuk mengadakan program ini di dewan lebih besar," kata Khairul dalam sidang media sejurus selepas majlis dibatalkan. Program tersebut dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi tetapi diumumkan batal sekitar jam 8:55 pagi oleh Khalid.
 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-m-datang-tidak-dijemput-kata-penganjur-nothing2hide-61661?cp
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger