Home » » Gaji Najib antara yang tertinggi di Asia

Gaji Najib antara yang tertinggi di Asia

Written By canang on Khamis, 11 Jun 2015 | 6/11/2015 01:42:00 PTG

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki tangga ke 11 dalam ranking gaji tertinggi pemimpin Asia pada hari ini, lapor sebuah portal antarabangsa.

Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan portal Listabuzz April lalu, Najib dikatakan memperoleh pendapatan secara sebanyak 75,775.2 USD (RM 284,194.89) setahun.

Ini bermakna secara purata, perdana menteri keenam ini memperoleh pendapatan sebanyak RM 22, 826.65 setiap bulan.

Ranking tersebut menyaksikan Presiden Burma, Thein Sein menduduki tangga terakhir dari 17 pemimpin dengan memperoleh pendapatan sebanyak 5,000 USD (RM 18,716) sebulan.

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menduduki tangga pertama memperoleh pendapatan secara bulanan  RM 508,250 (RM 6,099,005 setahun).

Perdana Menteri Singapura itu bukan sahaja merupakan pemimpin yang mendapat gaji tertinggi di Asia, malah tertinggi di dunia
Share this article :

1 ulasan:

zul ibrahim berkata...

Siapa yg tak puas hati lepas ni boleh cuba jadi perdana menteri ,Dah dapat gaji mcm tu confirm diam

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger