Home » » Mengamuk belasah pemain Malaysia

Mengamuk belasah pemain Malaysia

Written By canang on Isnin, 15 Jun 2015 | 6/15/2015 11:27:00 PTG


Melaka: Sekurang-kurangnya 12 pemain ragbi negara dikejarkan ke Hospital Besar Melaka apabila pemain Algeria mengamuk membelasah pemain Malaysia dan penyokong pada aksi final Piala Crescent di Padang Politeknik Merlimau, kelmarin. Dalam aksi itu, Malaysia muncul juara biarpun masih berbaki dua minit sebelum tamat dengan keputusan 19-11.
 Tindakan ganas pemain Algeria itu disebabkan rasa tidak puas hati ekoran beberapa keputusan pengadil yang didakwa mereka menyebelahi pasukan tuan rumah. Bukan sahaja pemain negara dibelasah malah penyokong dan tempat pentas utama VIP turut diserang pemain lawan.

Susulan insiden berdarah itu, dua pemain negara iaitu Mohd Razmi Rozan patah jari tangan kiri manakala Abu Hurairah Tahir patah gigi. Satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Merlimau dan kini siasatan lanjut sedang diambil pihak berkuasa. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58001#sthash.0B9LxTGp.dpuf
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger