Home » » Pelancong bogel di Gunung Kinabalu dihalang tinggalkan Sabah

Pelancong bogel di Gunung Kinabalu dihalang tinggalkan Sabah

Written By canang on Sabtu, 6 Jun 2015 | 6/06/2015 07:59:00 PTG


KOTA KINABALU: Lima pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu bulan lepas akan dihalang daripada meninggalkan Sabah, kata Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini. Katanya, langkah itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut. "Laporan polis telah dibuat dan kami percaya lima individu ini masih berada di Sabah dan mungkin sedang cuba untuk tinggalkan Sabah. "Kami telah meminta bantuan Jabatan Imigresen untuk menghalang lima individu ini daripada meninggalkan Sabah agar polis boleh menahan mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Jalaluddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda sehingga RM400 jika sabit kesalahan. Lima pelancong dari negara barat itu bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu pada pagi 30 Mei lepas. Insiden tersebut membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana perlakuan pelancong tersebut yang tidak menghormati adat resam tempatan. Di Kundasang, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata ramai yang membuat pelbagai spekulasi mengaitkan insiden bogel itu dengan kejadian gempa bumi di Ranau, kira-kira 108km dari sini, pagi tadi. "Allah lebih mengetahui jawapannya kerana setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini adalah ketentuan dan kehendakNya," kata beliau. Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku 7.15 pagi ini di Ranau dan gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud. Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, pusat gempa itu terletak 16km di barat laut Ranau. 61702?cp
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger