Home » » Saya Akan Terus Bersuara, Kata TMJ

Saya Akan Terus Bersuara, Kata TMJ

Written By canang on Isnin, 22 Jun 2015 | 6/22/2015 11:54:00 PG


JOHOR BAHRU: "Saya ingin tegaskan bahawa saya akan sentiasa menegakkan kedaulatan negeri Johor," ujar Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Bercakap di hadapan ribuan rakyat negeri ini, yang berhimpun di pekarangan pintu masuk Istana Bukit Serene, di sini, Tunku Mahkota Johor berkata, tindakannya itu demi kesejahteraan negeri Johor dan rakyat negeri ini. “Saya ingin tegaskan bahawa saya terus bersuara jika perlu demi kesejahteraan bangsa Johor dan rakyat Malaysia.

“Sebagaimana pesanan Duli Yang Maha Mulia ayahanda saya (Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) bahawa saya adalah hamba rakyat Negeri Johor,” katanya di sini, semalam. Pada awal ucapan ringkasnya itu, Tunku Ismail secara sinis memberitahu enggan bercakap dengan lebih panjang kerana ada pihak mahu membelasah dirinya. “Saya tidak mahu bercakap panjang-panjang sangat, kerana ramai orang di Putrajaya hendak 'whack' (belasah) saya,” katanya.

  Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Johor yang hadir ke Himpunan Menjunjung Kasih Taat Setia Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tunku Mahkota Johor. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, perhimpunan rakyat itu berjalan dengan aman dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Menurutnya, sejumlah pegawai dan anggota polis mencukupi telah ditempatkan di lokasi berkenaan bagi mengawal keadaan. “Himpunan berjalan dengan aman dan tiada insiden tidak diingini berlaku, malah keadaan lalu-lintas juga berjalan lancar. “Peserta himpunan mula bersurai sebaik sahaja mereka selesai menyerahkan memorandum kepada pihak istana,” katanya. - Sinar Harian
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger