Home » » Skandal MARA : Najib, Annuar Musa perlu ‘bercuti’

Skandal MARA : Najib, Annuar Musa perlu ‘bercuti’

Written By canang on Jumaat, 26 Jun 2015 | 6/26/2015 12:11:00 PTG

Mereka perlu bercuti supaya siasatan terhadap kes itu tidak terganggu.
tuan man,anuar,najib
PETALING JAYA :Skandal pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di The Dudley, Melbourne yang terlebih bayar RM13.8 juta menguatkan lagi hujah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu ‘bercuti’.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Najib perlu mengambil langkah pertama dengan bercuti dari jawatannya sehingga siasatan terhadap kes itu selesai dijalankan.
Katanya, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa juga wajar mengambil tindakan sama supaya siasatan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
“Memandangkan Najib sendiri yang mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan telus terhadap kes ini, maka wajarlah Najib mengambil langkah pertama untuk bercuti, begitu juga dengan Annuar Musa sehingga siasatan selesai.
“Cuti ini pun wajar untuk memastikan persepsi ‘tiada gangguan’ terhadap kerja Jabatan Audit dalam menyiapkan laporan 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dijangka siapa pada akhir bulan ini,” katanya menerusi kenyataan media.
Tuan Ibrahim berkata, banyak keputusan perniagaan kontroversi seperti 1MDB, penyenaraian Felda FGV, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji dan terkini MARA berlaku di bawah kepimpinan Najib.
“Cap jari Najib dapat dikesan di sebalik semua keputusan ini meskipun media kerajaan cuba memisahkan Najib daripada kesemua keputusan-keputusan kontroversi ini.
“Realitinya, hampir semua lubuk duit kerajaan dan syarikat milik kerajaan sudah disentuh untuk tujuan yang mencurigakan dan tidak memanfaatkan negara,” katanya.
Tambahnya, dengan nilai mata wang ringgit yang lemah dan hutang 1MDB masih perlu dibayar, tidak hairan selepas ini semua syarikat konsesi tol pula membeli tanah daripada 1MDB atas alasan pelaburan.
“Syarikat konsesi tol mendapat duit daripada siapa, kalau bukan rakyat,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger