Home » » Wanita memakai jeans penyebab gempa bumi - Ulama Pakistan

Wanita memakai jeans penyebab gempa bumi - Ulama Pakistan

Written By canang on Selasa, 2 Jun 2015 | 6/02/2015 01:35:00 PTG


ISLAMABAD: Seorang pemimpin politik dari Jamiat Ulema-e-Islami (JUI-F) Pakistan Maulana Fazlur Rehman yang menyimpulkan bahawa kejadian gempa bumi dan banyak bencana alam lain berlaku akibat kaum wanita yang memakai seluar jeans. Maulana yang bertaraf ulama di negara itu turut meminta pasukan bersenjata Pakistan melaksanakan operasi ketenteraan bagi bertindak ke atas wanita yang memakai seluar tersebut. Portal berita The New Indian Express melaporkan, Maulana berpendapat bahawa punca gempa bumi dan pelbagai bencana lain termasuk masalah inflasi berlaku akibat kaum wanita yang berpakaian tidak sopan. Ulama itu turut menyamakan wanita yang sengaja berpakaian seksi mampu meninggalkan kesan sama seperti senjata pemusnah seperti bom nuklear. Lebih daripada itu, Maulana berkata, jika kaum wanita berpakaian dengan sopan dan berada di rumah, kemungkinan besar pihak Taliban tidak akan melakukan keganasan di Pakistan. Maulana berkata, Taliban Pakistan tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya sebaliknya menyarankan agar ‘musuh sebenar’ Pakistan perlu dihapuskan. “Pihak Taliban adalah saudara kita dan kemarahan mereka di negara ini bersebab. Pengeboman oleh Taliban adalah kemarahan Tuhan ke atas kita maka adalah perlu untuk menlenyapkan musuh sebenar Pakistan. “Antaranya yang perlu dicegah adalah wanita yang memakai jeans,” katanya seperti yang dilapor media tempatan. Pada Ogos 2014, sistem pentadbiran masyarakat Khap Panchayat di Uttar Pradesh telah meluluskan peraturan bahawa wanita yang belum berkahwin tidak boleh memakai seluar jeans ataupun telefon bimbit. Read more at: http://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-memakai-jeans-penyebab-gempa-bumi-ulama-pakistan-61306?cp
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger