Home » » Amerika Syarikat iktiraf perkahwinan sejenis

Amerika Syarikat iktiraf perkahwinan sejenis

Written By canang on Rabu, 1 Julai 2015 | 7/01/2015 07:25:00 PTG

WASHINGTON, Sabtu – Kumpulan pengamal seks songsang, homoseksual meraikan kemenangan apabila Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat memutuskan bahawa undang-undang negara itu telah mengiktiraf perkahwinan sejenis.
Dalam perbicaraan pada hari Jumaat, keputusan 5-4 oleh para hakim telah dicapai sekaligus membatalkan undang-undang di peringkat negeri yang melarang perkahwinan sama jantina itu di seluruh negara.
sorakan lgbt asKeputusan yang diumumkan oleh hakim Anthony Kennedy di kamar perbicaraan sambil diperhatikan oleh hakim-hakim lain, disambut dengan penuh gembira oleh pemerhati di dalam dan di luar mahkamah.
“Mereka (golongan homoseksual) menuntut maruah dan hak sama rata di sisi undang-undang, maka hari ini perlembagaan memberikan hak itu kepada mereka,” katanya dalam kertas penghakiman setebal 28 muka surat.
Serentak dengan keputusan itu, di wilayah Michigan, salah satu negeri yang disaman oleh pasangan sejenis kerana menghalang perkahwinan mereka, kerani daerah berkata mereka tidak sabar untuk memulakan proses membuat lesen perkahwinan untuk pasangan gay dan lesbian.
Di luar mahkamah, ratusan penyokong perkahwinan sejenis bersorak dengan mengibarkan bendera dan mengangkat sepanduk LGBT.
SATU KEJAYAAN AMERIKA SYARIKAT
Sementara itu di White House Rose Garden, selepas keputusan mahkamah dibuat, Presiden Barack Obama yang berucap di hadapan media berkata, keputusan mahkamah yang mengiktiraf perkahwinan sejenis adalah ‘satu kejayaan buat Amerika’.
“Negara kita diasaskan dengan prinsip bahawa kita semua dicipta sama rata. Setiap generasi mahukan sesuatu perkara itu disesuaikan dengan realiti yang berubah mengikut masa,” katanya.
Sebelum membuat ucapan, Obama menghubungi plaintif, Jim Obergefell yang perkahwinannya sedang dibicarakan bagi mengucapkan tahniah.Obama lulus kahwin sejenis
“Atas kepemimpinan kamu, ketahuilah, ia telah mengubah negara ini. Saya berbangga dengan kamu dan pasangan kamu,” kata Obama kepada Jim Obergefell.
Obama turut memberikan reaksi awal sejurus selepas keputusan mahkamah diumumkan melalui akaun twitter.
“Hari ini adalah langkah besar dalam usaha kita menuju kesamarataan. Pasangan gay dan lesbian sekarang memiliki hak untuk berkahwin, sama seperti orang lain,” katanya sambil menulis hashtag #LoveWins. – Agens
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger