Home » » PASMA AKAN TUBUH PARTI BAHARU JIKA G18 YANG DIPIMPIN MOHAMAD SABU GAGAL BERBUAT DEMIKIAN

PASMA AKAN TUBUH PARTI BAHARU JIKA G18 YANG DIPIMPIN MOHAMAD SABU GAGAL BERBUAT DEMIKIAN

Written By canang on Jumaat, 3 Julai 2015 | 7/03/2015 09:38:00 PTG

PASMA AKAN TUBUH PARTI BAHARU JIKA G18 YANG DIPIMPIN MOHAMAD SABU GAGAL BERBUAT DEMIKIAN
Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) akan menerajui sendiri usaha menubuhan sebuah parti Islam yang baru sekiranya Kumpulan progresif, G18, gagal berbuat demikian. Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata pihaknya akan menyokong parti yang ditubuhkan oleh G18. Bagaimanapun, katanya, jika ia tidak menjadi kenyataan, PasMa sendiri akan berusaha menubuhkan sebuah parti baru. Phahrolrazi berkata pendirian PasMa ialah perlunya sebuah parti Islam yang baru dalam gabungan pembangkang selepas Pakatan Rakyat berpecah.
"Sekiranya G18 tak tubuh parti, kita (PasMA) akan ambil inisiatif, kita akan teruskan tanggungjawab (menubuhkan parti baru).
"Tapi buat masa ini, ada pihak (G18) nak tubuhkan parti, maka kita bagi laluan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Phahrolrazi menegaskan bahawa usaha menubuhkan parti baru itu memerlukan kerjasama banyak pihak dan tidak boleh secara bersendirian.
“Kita ni NGO penyokong, apa saja keperluan kita terus sokong,” katanya.
Usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan kekalahan kumpulan progresif PAS dalam muktamar parti itu bulan lalu, menguatkan lagi hasrat penubuhan sebuah parti Islam yang baru itu.
Kumpulan progresif PAS telah membayangkan kemungkinan sebuah parti Islam yang baru ditubuhkan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger