Home » » Peguam pilih DAP kerana PAS undur ke belakang

Peguam pilih DAP kerana PAS undur ke belakang

Written By canang on Ahad, 5 Julai 2015 | 7/05/2015 09:00:00 PG


Jika sebelum ini PAS menggunakan slogan "PAS For All" bagi menarik minat kumpulan profesional dan bukan Islam untuk bersama-sama dengan perjuangan mereka, namun susulan keputusan Muktamar Tahunan ke-61 di Kuala Selangor bulan lalu, slogan berkenaan kini dilihat lebih bersesuaian untuk DAP, kata bekas ahli. Peguam muda, Zulhazmi Shariff menyerahkan borang keahlian DAP kepada wakil DAP, iaitu Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng. Borang keahliannya diserahkan selepas majlis buka puasa anjuran Lim di sebuah restoran di ibu negara dua hari lalu.

 Zulhazmi, 39, berkata, beliau kini melihat PAS memilih untuk mengundur ke belakang seperti tahun 1970an dan 1980an apabila kelihatan ingin bergerak sendiri dalam arena politik tanah air. "Saya lihat PAS semakin mengundur ke belakang sedangkan DAP mengambil cara PAS membuka ruang kepada semua. "Sebelum ini 'PAS For All' tetapi sekarang sebaliknya, DAP pula yang seolah-olah gunakan 'DAP For All'," katanya kepada The Malaysian Insider. Zulhazmi menghantar surat memaklumkan beliau bukan lagi ahli PAS pada 15 Jun lalu. Zulhazmi turut mengakui sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau ingin menyertai DAP.

 "Sebenarnya sejak sebelum PRU13 lagi saya terasa ingin sertai DAP, tetapi saya terus bersama PAS dengan harapan PAS menjadi semakin terbuka dan tidak terkongkong," katanya, dan menambah turut terlibat dalam pilihan raya ketika itu bagi memenangkan PAS. "Tetapi apa yang berlaku nampaknya PAS nak patah balik ke zaman 70an dan 80an di mana seolah-olah nak bergerak sendiri." Zulhazmi berkata, sikap dan pendirian tegas DAP dalam memperjuangkan sesuatu perkara mempunyai persamaan dengan sirinya yang menyertai profesion guaman sejak tahun 2000, sekaligus parti itu menarik perhatiannya.
 "Saya lebih suka cara DAP yang tegas dengan prinsip... kalau kata 'A', dia buat 'A'... tiada bolak-balik, tiada pusing-pusing, itu juga prinsip yang saya pegangn" katanya. Malah, beliau turut berkata, prinsip sama turut dipegangnya sejak selama bersama dengan PAS. "Kalau salah, saya kata salah." Bulan lalu, seorang aktivis muda PAS, Sheikh Omar Ali, turut mengambil keputusan menyertai DAP selepas kecewa dengan pemilihan parti Islam itu yang disifatkannya seperti "pembersihan etnik" apabila kumpulan konservatif menguasai parti dan meminggirkan pemimpin daripada kumpulan progresif.

 Zulhazmi bagaimanapun berkata, minatnya lebih cenderung kepada DAP berbanding PKR meskipun memiliki ramai sahabat handai daripada PKR. "PKR tidak berjaya menarik minat saya berbanding DAP. Mungkin saya ada prejudis kepada PKR. "Tapi susah saya nak cakap kenapa saya tidak tertarik dengan PKR walaupun saya baik dan rapat dengan ramai ahli dan pimpinan PKR," kata bekas pelajar di sebuah sekolah agama kerajaan pusat di utara itu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-pilih-dap-kerana-pas-undur-ke-belakang#sthash.msUQb7j9.dpuf
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger