Home » » Yang Dipertuan Agong tidak boleh pecat Perdana Menteri

Yang Dipertuan Agong tidak boleh pecat Perdana Menteri

Written By canang on Rabu, 8 Julai 2015 | 7/08/2015 09:00:00 PG


Yang Dipertuan Agong hanya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri yang pada pendapat baginda boleh mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan.
agust,najib,agong
unnamedPETALING JAYA: Yang Dipertuan Agong tidak boleh memecat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Penganalisis Politik, Prof Dr Mohd Agus Yusof.
Katanya, Yang Dipertuan Agong hanya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri yang pada pendapat baginda boleh mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan tetapi tidak mempunyai kuasa memecat.
Beliau berkata, Perdana Menteri hanya boleh terlucut dari jawatannya apabila mendapat undi tidak percaya di Dewan atau hilang sokongan majoriti Ahli Dewan atau Perdana Menteri sendiri meletak jawatan.
Katanya, Perdana Menteri juga akan hilang kelayakan kerana dijatuhkan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, gila atau muflis.
Mohd Agus juga berkata, Perdana Menteri juga hilang kelayakan sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan.
“Jadi ahli politik yang meminta supaya Yang Dipertuan Agong bertindak memecat Perdana Menteri, saya nasihatkan teliti dahulu prosedur pemecatan Perdana Menteri sebelum mengeluarkan kenyataan supaya kenyataan itu tidak berbentuk sensasi,” tulisnya di Facebook.
Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, ahli politik perlu bertindak cepat tentang isu 1MDB kerana memberi kesan kepada rakyat dan negara – ekonomi merosot, subsidi rakyat dikurangkan, kos hidup meningkat, nilai ringgit jatuh.
“Tetapi cara bertindak itu hendaklah dengan langkah bijak supaya ada integritinya,” katanya
FMT
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger