Home » » Cucu Mandela didakwa merogol

Cucu Mandela didakwa merogol

Written By canang on Khamis, 20 Ogos 2015 | 8/20/2015 02:29:00 PTG

JOHANNESBURG: Cucu kepada pemimpin terkenal Afrika Selatan, Nelson Mandela, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johannesburg semalam atas dakwaan merogol seorang gadis berusia 15 tahun.
Mbuso Mandela, 24, kini ditahan di lokap dan akan dihadapkan se­mula ke mahkamah sama Jumaat ini bagi mengetahui dia boleh dijamin atau sebaliknya.
Jurucakap polis, Mashadi Selepe berkata, Mbuso didakwa merogol mangsa di sebuah restoran di sini pada minggu lalu.
Panggilan telefon kepada peguamnya, Melvin Neale oleh Bloomberg News tidak dijawab.
Ini bukanlah kali pertama imej keluarga Mandela terjejas berikutan insiden buruk.
Seorang lagi cucu ikon antiaparteid itu sebelum ini, Mandla, pernah disabit kesalahan menyerang seorang pengguna jalan raya berumur 40 tahun semasa satu pergaduhan. – AFP/AGENSI
 
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger