Home » » Kanak-Kanak 5 Tahun DIROGOL JIran

Kanak-Kanak 5 Tahun DIROGOL JIran

Written By canang on Isnin, 17 Ogos 2015 | 8/17/2015 02:47:00 PTG

 Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan semalam, selepas dipercayai merogol seorang budak perempuan berusia lima tahun hingga berlaku pendarahan pada kemaluan di padang permainan Taman Mahsan, Bahau di sini, kelmarin.
Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata kejadian berlaku jam 9.30 malam selepas mangsa bermain dengan anak jirannya sebelum dirogol suspek yang juga jirannya.
Beliau berkata kejadian disedari ibu mangsa berusia 38 tahun apabila anaknya pulang ke rumah sambil menangis dan enggan bercakap
 selepas dipujuk ibunya, mangsa memberitahu seorang lelaki dikenali sebagai ‘Panjang’ membawanya ke kawasan hujung padang sebelum menunjukkan kemaluan.
“Kanak-kanak itu mengadu kesakitan pada kemaluan menyebabkan wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol,” katanya.
Menurutnya, ibu bapa mangsa kemudian membawa anaknya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah sebelum doktor memaklumkan mangsa dipercayai dirogol.
“Sehubungan itu, gerakan memburu lelaki terbabit dijalankan sebelum suspek berjaya ditahan di sekitar Bahau pada jam 1 petang tadi (semalam),” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger