Home » » Khir Toyo rebah selepas pulang berjoging

Khir Toyo rebah selepas pulang berjoging

Written By canang on Rabu, 26 Ogos 2015 | 8/26/2015 11:07:00 PTG


SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke Hospital Selayang dekat sini setelah rebah selepas berjoging di kawasan rumahnya di Seksyen 7 di sini, pagi ini.

Sumber daripada pejabat Mohamad Khir ketika dihubungi memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, beliau (Dr Mohamad Khir) yang pulang daripada aktiviti itu tiba-tiba terjatuh serta tidak sedarkan diri di rumahnya menyebabkan keluarganya panik dan menghubungi ambulan.

 Menurut sumber itu lagi, setelah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Dr Mohamad Khir kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut. "Setakat pukul 6 petang tadi, keadaan beliau telah stabil dan sudah boleh bercakap namun masih ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut," kata sumber itu kepada Bernama di sini.

 Esok Mahkamah Persekutuan dilaporkan akan mengumumkan keputusannya mengenai rayuan Mohamad Khir terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan terhadap beliau bagi tuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni dalam 2007.Astroawani
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger