Home » » Nurul Izzah: Tak bayar PTPTN diugut buang kerja, hutang 1MDB macam mana?

Nurul Izzah: Tak bayar PTPTN diugut buang kerja, hutang 1MDB macam mana?

Written By canang on Khamis, 20 Ogos 2015 | 8/20/2015 12:29:00 PTG


SHAH ALAM, 19 OGOS: Ancaman dibuang kerja dan kenaikan pangkat disekat terhadap kakitangan dan pegawai Kementerian Pendidikan sekiranya tidak membuat pemotongan gaji bagi membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tindakan tidak perikemanusiaan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata keputusan itu membuktikan sikap hipokrit Kerajaan Persekutuan apabila bersungguh-sungguh menuntut hutang PTPTN yang melibatkan 51,884 guru tetapi mengambil ringan dalam isu hutang yang melibatkan 1MDB.
“Lebih hipokrit lagi memandangkan cara kerajaan menangani kemelut pinjaman hutang 1MDB yang berkali-kali menunda bayaran hutangnya dan menggunapakai lingkaran pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam melunaskan penjualan hartanah dan perluasan perniagaannya.
“Rakyat wajib melawan dasar pincang sebegini. Saya seru para guru bersuaralah, jangan biarkan hipokrasi dan penindasan ini berterusan.
“Kerajaan BN di bawah Najib boros berbelanja, bebas berhutang dan dengan tanpa rasa bertanggungjawab memindah beban hutang kepada rakyat, kini guru. Inilah masa untuk bersuara dan melawan ketidakadilan ini,” kata Nurul Izzah ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.
Katanya lagi, pemotongan gaji sepatutnya dilaksanakan terhadap Pengurus Eksekutif dan pengurusan tertinggi 1MDB terlebih dahulu apabila gagal menguruskan hutang membebankan rakyat dan negara terlebih dahulu sebelum melaksanakan pemotongan gaji pemimjam PTPTN.
“Kerajaan menekan golongan pertengahan dan bawahan sementara melindungi kroni dan golongan elit yang menjadi sebahagian keluarga besar Umno-BN,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi.
Terdahulu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan melalui notis pemberitahuan di laman web kementerian itu berkata, kakitangan dan pegawainya diwajibkan membuat pemotongan gaji untuk membayar hutang PTPTN masing-masing.
Jelas notis itu, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka terlibat dikenakan pelbagai sekatan termasuk tidak berpeluang mendapat kenaikan pangkat, tidak boleh memohon pinjaman kewangan, dihalang meninggalkan negara malah lebih buruk lagi boleh dibuang kerja.
EZY
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger