Home » » Rakyat tak bodoh, kata Waheeda

Rakyat tak bodoh, kata Waheeda

Written By canang on Jumaat, 7 Ogos 2015 | 8/07/2015 01:10:00 PTG

Penyanyi dan pelakon Waheeda mengaitkan pergolakan kepimpinan dan masalah berkaitan ekonomi negara menjadi punca kadar jenayah semakin meningkat.

Waheeda atau nama sebenarnya Wahidah Abdul Wahab, 37, berkata keadaan itu mengakibatkan rakyat menjadi tertekan dan terdesak.

“Masyarakat bertindak apabila tertekan dan terdesak. Ia buat jenayah meningkat,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu “Wassini” itu juga berkongsi pelbagai pandangan berkaitan isu keselamatan di negara ini.

“Apa guna kita katakan ada kebebasan di negara, sedangkan selamatkah rumah kita atau selamatkah untuk berjalan?” soalnya.

Politik Malaysia kini menyaksikan pelbagai isu menghangatkan keadaan, termasuk dakwaan skandal 1MDB melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta tindakannya menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas perkembangan itu, Waheeda memberikan kenyataan umum, tetapi keras.

“Kita sebagai rakyat tidak bodoh,” katanya yang terus tampil berpurdah bersama suaminya Akil Akhil Hayy, yang juga seorang penyanyi dan personaliti agama.

Kembali pada al-Quran

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Johor Bahru itu menegaskan dia bukanlah orang yang patut dirujuk dalam soal politik.

Baginya, hidup biarlah berpegang pada asas Islam dan berteraskan Quran dan Sunnah Nabi.

“Nasihat saya, kita harus kembali kepada Quran dan Sunnah bila kita tidak sependapat dan ada ragu.

“Kita ada Allah dan rasul dengan cara itu kita tidak sesat. Pegang dua perkara itu.

“Faham al-Quran dan Sunnah, apabila kita faham, kita tahu untuk selesaikannya, saya percaya itu.

“Bagi negara yang majoriti penganutnya Islam, kembalilah pada dua perkara itu. Bertindak atas emosi dilabel tidak bagus dan bertindak tanpa ilmu lagilah tidak bagus,” katanya.MALAYSIAKINI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger