Home » » Sidang Media....PENGUMUMAN PENUBUHAN GERAKAN HARAPAN BARU NEGERI SELANGOR.

Sidang Media....PENGUMUMAN PENUBUHAN GERAKAN HARAPAN BARU NEGERI SELANGOR.

Written By canang on Ahad, 16 Ogos 2015 | 8/16/2015 11:50:00 PG


Sidang Media...PENGUMUMAN PENUBUHAN GERAKAN HARAPAN BARU NEGERI SELANGOR.
① Saya mengucapkan setingggi-tinggi syukur kehadrat Allah SWT diatas rahmat dan hidayahNya, maka Gerakan Harapan Baru Negeri Selangor telah dapat dibentuk dengan sempurna untuk terus membawa panji perjuangan politik Islam, membela rakyat, menegakkan kebenaran dan keadilan untuk semua, khususnya di Negeri Selangor.
② Gerakan Harapan Baru adalah sebagai permulaan (prelude) kepada penubuhan sebuah parti politik baharu yang berteraskan Islam yang akan diumumkan apabila proses penubuhannya telah dapat disempurnakan nanti. Sehingga itu dapat dilakukan, HB merupakan satu wadah yang bersedia menyahut seruan, tuntutan dan kemahuan rakyat yang begitu kuat agar gerakan seperti ini diwujudkan. Sokongan rakyat pelbagai kaum, masyarakat sivil, anak muda dan NGO sangat baik terhadap gerakan ini.
③ Di peringkat Negeri Selangor, senarai kepimpinan Gerakan Harapan Baru adalah seperti berikut:
Penyelaras: Tn Hj Ir Izham B. Hashim
Timb Penyelaras 1: YB Saari B. Sungip
Timbalan Penyelaras 2: YB Hasnul B. Baharudin
Timb Penyelaras 3: Ahmad Idzam B Ahmad
Setiausaha: En Ar. Kamarul Hisham B. Hj Yeop Hashim
Penolong Setiausaha: En Zulfadzlee Shah B. Shaharudin
Bendahari: Tn Hj Mohamad B. Abd Rahman
Pengarah Komunikasi: Jamzuri B. Ardani
Pengarah P/Raya: Jaafar B.Shamsudin
Ketua Gerakan Anak Muda: En. Mohd Hilmi B. Radzuan
Ketua Gerakan Wanita: Pn Sazana Bt. Isa
AJK:
1. Ustaz Azrulkhakim B. Suradi
2. Ustazah Mariam Bt. Abd Rashid
3. Norhalim B. Sirome
4. Hj Anuar B. Tahir
5. Hj Shamsul Ma'arif B. Ismail
6. Khairul Basri B. M. Arif
7. Faridah Bt. Md Nor
8. Dr. Abdull Wahab B. Hassan
9. Mohd. Rayme Bin Abdul Rahman
10. Mohd Sany B. Hj Hamzan
④ Satu Majlis Pelancaran Gerakan Harapan Baru Negeri Selangor akan diadakan bersekali dengan Majlis Jamuan Hari Raya pada 16hb Ogos 2015 (Ahad) di Dewan Teratai Seksyen 19, Shah Alam. Majlis akan bermula jam 7 malam. Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Tn Hj Mohamad Sabu dan para pimpinan tertinggi HB di peringkat nasional.
⑤ Pihak kami juga telah mengenalpasti para aktivis kami di semua peringkat kawasan parlimen di negeri Selangor dan kami tidak berdepan dengan sebarang masalah menubuhkan organisasi gerakan massa ini di semua kawasan parlimen di negeri ini. InsyaAllah, jentera dan persiapan telah siap sedia dibentuk sepenuhnya bagi menyambut kelahiran parti Islam yang bakal ditubuhkan nanti dan seterusnya membawa panji baru menghadapi PRU 14 bersama rakan-rakan dalam gabungan pembangkang kelak.
⑥ Gerakan ini akan mengambil pendekatan yang inklusif, progresif, demokratik, dan peduli rakyat. Kami juga akan memberi fokus kepada usaha memberi penerangan, menjauhi perbalahan dan permusuhan, meramaikan kawan, mengurangkan seteru, serta memupuk budaya politik baru yang tegas dengan prinsip, namun bersederhana dalam tindakan.
⑦ Semoga Allah merahmati perjuangan ini yang berhasrat mengukuhkan Islam sebagai rahmat untuk semua.
Amanah. Progresif. Peduli
Tn Hj Ir Izham Hashim
Penyelaras Gerakan Harapan Baru
Negeri Selangor
14hb Ogos 2015
Share this article :

1 ulasan:

IrWrWs berkata...

Kami akar umbi PAS tak peduli pun HB nak umum parti baru ke apa ke.. yg kami heran di mana deria rasa malu anda bilamana umum ini umum itu tapi masih tidak isytihar keluar PAS.. yg kelakarnya mengaku profedional.. ye ke??

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger