Home » » Amekaw!!!!! Adinda Sultan Johor Hina Mufti Perak Dengan Panggilan Bahlol?

Amekaw!!!!! Adinda Sultan Johor Hina Mufti Perak Dengan Panggilan Bahlol?

Written By canang on Sabtu, 5 September 2015 | 9/05/2015 11:34:00 PG

“Apa kejadah nie!!! Lagi satu bahlol”.
Demikianlah antara kenyataan berbaur penghinaan yang dilemparkan kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria oleh Tunku Aris Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar.
Kenyataan yang dibuat melalui akaun Facebooknya itu bertujuan menyelar fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Perak mengenai hukum mengulingkan kerajan.
Harussani sebelum ini berkata, sekiranya pemerintah yang dilantik itu zalim, ia menjadi jihad kepada rakyat untuk menasihatinya, bukan menggulingkannya.
“Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tetapi tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak melakukan tindakan sedemikian.
“Dan disebabkan itu diwajibkan bagi setiap umat Islam untuk menasihati pemimpin dan tindakan menasihatkan pemimpin zalim itu adalah jihad terbesar,” katanya memetik laporan yang dikeluarkan sebuah portal online 20 Ogos lalu.
Kenyataan Tunku Abdul Majid yang juga merupakan adinda Sultan Johor itu berjaya meraih sokongan para penyokongnya yang turut sama memperlekehkan kenyataan tersebut.
Terdahalu beliau turut dilihat menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berhubung himpunan haram Bersih 4.0 yang disifatkan sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.
Tunku Abdul Majid turut membidas kenyataan tersebut sambil menggesa agar bekas mufti itu tidak lagi membangkitkan isu halam haram berhubung isu tersebut.
“Apa ke jadah ni!!!.
“Noh Gadot ni dulu cita2 nak jadi menteri umno tapi tak dapat perkenan Almarhum jadi tak payahlah bangkitkan isu halal dan haram dalam ini. Memilih pemimpin dan mengundi adalah Hak rakyat dalam sistem Raja berpelembagaan, hal ehwal orang melayu dan agama islam adalah tanggung jawab raja-raja melayu. Takde cakap pun berhimpun itu halal atau pun haram” ujarnya melalaui akaun Facebooknya. – SuaraTV
Share this article :

2 ulasan:

nick berkata...

UMNO ni dah jadi pengganti British. Dulu semasa negara belum merdeka, British menghalang dan mengharamkan tunjuk perasaan dan demonstrasi semata2 untuk mengekalkan kuasanya sebagai penjajah. Dan sekarang Najib dan UMNO mengikut jejak penjajah menekan rakyat dan mengharamkan rapat umum serta demonstrasi. Apakah ertinya Malaysia merdeka jika kita berada dibawah kerajaan yang bersikap dan berkelakuan sama seperti penjajah. Malaysia ni milik rakyatnya dan pemimpin terutamanya Najib dan kabinetnya mesti sedar bahawa mereka sebenarnya adalah hamba dan bukan tuan kepada rakyat Malaysia. Berkelakuan seperti penjajah mewajarkan rakyat menuntut mereka turun dan digantikan oleh kerajaan yang sedar diri. Tak suka dengan tuntutan rakyat? Bubar parlimen dan buat PRU. Kita akan lihat siapa yang benar dan siapa yang salah!

Nick.
Cape Tiger.

gondrong berkata...

Ini lah balasannya kalau undi pilihan raya cara menipu x jujur dengan cara black out..akhir nya rakyat x suka.b

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger