Home » » Baju Merah 'undur Najib' sambut Dr M Laris djual

Baju Merah 'undur Najib' sambut Dr M Laris djual

Written By canang on Rabu, 9 September 2015 | 9/09/2015 08:58:00 PTG

JUALAN BAJU"" UNDUR NAJIB ""LARI DISEKITAR KUALa LUMPUR
TERKINI DI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN..LARIS
Jualan kemeja-T UNDUR NAJIB VS "Himpunan Maruah Melayu" yang akan berlangsung pada 16 September ini ibarat pisang goreng panas.
Baru sepuluh minit dibuka, kira-kira 1,000 helai telah pun terjual. baju tertera UNDUR NAJIB
Pembelinya terdiri daripada orang Melayu BUKAN UMNO pelbagai peringkat umur yang lalu lalang berdekatan bangunan perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Ia juga menarik perhatian ramai untuk berhenti memerhati apa yang sedang berlaku.baju undur najib laris terjual

Ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut oleh kira-kira 100 orang para penyokongnya.
Mereka terdiri daripada ahli PERKASA dan kumpulan yang memakai baju merah bertulis "undur Najib".
Mereka mula berkumpul di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 10 pagi dan membawa sepanduk bertulis "Tun, you are not alone" dan "welcome Tun M".
Turut kelihatan hadir untuk menyambut negarawan itu ialah Umi Hafilda Mohd Ali dan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Sebelum Dr Mahathir tiba, kumpulann tersebut menyanyikan lagu 'We Are The World' yang dinyanyikan oleh Micheal Jackson.
Lirik lagu tersebut bagaimanapun digubah dengan meletakkan nama 'Tun' dan Malaysia.
Negarawan itu tiba pada jam kira-kira 11.13 pagi selepas mengadakan lawatan ke beberapa negara termasuk Republik Czech dan kemudian menaiki kereta menuju ke arah penyokongnya.
Selepas itu, beberapa polis bantuan kemudian mula mengawal keadaan apabila media dan penyokong mula mengerumuni tokoh itu.
Selepas bertemu pemberita, Dr Mahathir kemudian bersalaman dengan penyokongnya sebelum beredar.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger