Home » » HIMPUNAN MERAH, PELAJAR JADI MANGSA

HIMPUNAN MERAH, PELAJAR JADI MANGSA

Written By canang on Selasa, 22 September 2015 | 9/22/2015 10:50:00 PG

MARA hentikan tajaan kepada pelajar baharu Universiti Taylor's

 KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghentikan penajaan bagi pelajar baharu yang melanjutkan pengajian ke Universiti Taylor's atas pelbagai sebab, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau berkata pelajar tajaan Mara yang sedang menuntut di universiti berkenaan dibenarkan meneruskan pengajian mereka.

"Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Mara (Datuk Ibrahim Ahmad) untuk melihat perkara ini... kami akan menghentikan penajaan kepada (pelajar) pengambilan baharu atas pelbagai sebab.

"Bagaimanapun, kami tidak akan menghentikan penajaan pelajar sedia ada (di Universiti Taylor's) kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Jualan Teknologi Maklumat (IT) @ Busana di Menara Mara di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger