Home » » KENYATAAN MEDIA,PERLETAKAN JAWATAN YDP, KETUA DEWAN MUSLIMAT, KETUA PEMUDA DAN BARISAN AJK PAS PULAI

KENYATAAN MEDIA,PERLETAKAN JAWATAN YDP, KETUA DEWAN MUSLIMAT, KETUA PEMUDA DAN BARISAN AJK PAS PULAI

Written By canang on Selasa, 1 September 2015 | 9/01/2015 06:42:00 PTG

PERLETAKAN JAWATAN YDP, KETUA DEWAN MUSLIMAT,
KETUA PEMUDA DAN BARISAN AJK PAS PULAI
Kenyataan Media
Saya Suhaizan Bin Kaiat bekas YDP PAS Pulai, Ust Mohd Syafiq Bin Abdul Aziz Ketua Pemuda PAS Pulai dan Fatimah Binti Mohd Ali Ketua Muslimat PAS bersama barisan AJK dengan ini mengumumkan perletakan Jawatan masing-masing. Kami telah dan akan menganggotai Parti Amanah Negara atau singkatannya Amanah Negara yang telah diumumkan oleh Pengerusinya Tuan Hj Mohammad bin Sabu pada hari semalam di Kuala Lumpur.
Kami berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh ahli-ahli PAS Pulai selama ini. Perbezaan pendekatan untuk meletakan agama, bangsa dan negara ditempatnya tidak boleh memisahkan ikatan persaudaraan yang telah lama terbina. Marilah sama-sama kita uruskan perbezaan ini dengan hikmah bijaksana.
Tumpuan kami selepas ini adalah memperkukuhkan parti yang telah kami pilih dengan memberi fokus terhadap isu-isu rakyat khususnya di Pulai bagi menghadapi pilihanraya ke-14 bersama dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan dibentuk selepas ini. Program-program penerangan dan kebajikan rakyat akan dilaksanakan.
Kami berharap rakyat dapat bersama kami membina harapan baharu Malaysia.
Sekian terima kasih
SUHAIZAN BIN KAIAT
1hb September 2015
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Letak lah tu hak masing2.pengganti ramai lagi.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger