Home » » Khir tawar rawatan gigi percuma ganti penjara

Khir tawar rawatan gigi percuma ganti penjara

Written By canang on Rabu, 23 September 2015 | 9/23/2015 04:36:00 PTG

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo sedia menawarkan khidmat komuniti dalam bentuk menyediakan rawatan pergigian percuma kepada orang miskin selama dua tahun.
Rawatan itu diberikan selama tiga hari seminggu.
Tawaran itu dibuat oleh Mohamad Khir untuk menggantikan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan.
"Anak guam saya bersedia untuk memberikan suatu aku janji bertulis yang menawarkan perkhidmatan pergigian percuma untuk golongan miskin, tiga hari seminggu selama dua tahun," kata Shafee, sambil menambah bahawa Khir adalah pesalah pertama.
Shafee juga berkata, anak guamnya berumur 50 tahun, dan mempunyai enam anak berusia enam hingga 24 tahun.
Beliau berkata bahawa beliau telah melihat Khir memberi tuisyen kepada anak-anaknya, dan juga mengajar mereka membaca Al-Quran sehingga khatam.
Mohamad Khir juga mengalami masalah jantung dan sewaktu di Institut Jantung Negara bulan lalu, beliau mengalami serangan sekali lagi
Shafee berkata harta itu tidak patut dilucut hak kerana ia dimiliki bersama oleh isterinya dan masih ada baki RM2.3 juta termasuk yang terhutang kepada bank.
Ini kali pertama khidmat komuniti ditawarkan menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan rasuah.
"Saya masih memiliki lesen amalan dan masih merawat rakan-rakan dan anggota keluarga," Mohamad Khir.
Khir yang juga menjelaskan kepada mahkamah bahawa Selangor telah berkembang bawah kepimpinan beliau dalam tempoh lapan tahun menjadi MB.
Mahkamah akan memberi penghakiman terhadap bekas MB Selangor itu pada Selasa jam 2.30 petang.malaysiakini
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

mmm blh

kau tolong cabut dan servis gigi harimau2 singa buaya tenuk gajah tapir beruang ular badak kerbau liar kuda liar burung unta kat zoo negara tu

kerja tu masih kosong

utk rakyat dh byk klinik gigi

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger