Home » » Kumpulan Anti Rasuah Antarabangsa Desak Malaysia Jelaskan Derma AS$700

Kumpulan Anti Rasuah Antarabangsa Desak Malaysia Jelaskan Derma AS$700

Written By canang on Khamis, 3 September 2015 | 9/03/2015 10:49:00 PG


Transperancy International mahu Malaysia tunjuk kesungguhan banteras rasuah dengan menjawab mengenai derma AS$700 juta yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri. –

 Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin,

 2 September, 2015.Malaysia perlu memberikan jawapan terhadap dana berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Transparency International dalam persidangan anti rasuah di Putrajaya, hari ini. Presidennya, Jose Ugaz berkata komitmen Malaysia untuk membasmi rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tiada penjelasan diberikan terhadap dana berkenaan.

 "Kita mahu melihat lebih banyak perkembangan, tetapi ia tidak mungkin berlaku ketika soalan mengenai AS$700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri belum dijawab," kata Ugaiz. Beliau berkata demikian pada acara pembukaan rasmi Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya, hari ini. Perwakilan dari 130 negara yang berada di dalam dewan memberikan tepukan gemuruh terhadap kenyataannya itu.

 "Tiada pihak yang berada di Malaysia tidak menyedari dakwaan rasuah ini sejak beberapa bulan lalu dan bagaimana ianya merosakkan negara. "Ada krisis rasuah di sini," kata Ugaiz. Beliau berkata, dalam tempoh beberapa minggu, peguam negara yang 'kritikal terhadap kerajaan' digantikan, pasukan petugas khas yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digantung tugas, penyiasat ditangkap dan akhbar digantung.

 "Ini bukan tindakan kerajaan yang menentang rasuah," katanya. "Mungkin kita mendengar janji pembaharuan. Bukan ini yang diperlukan ketika ini. Dan janji semata-mata tidak akan mengembalikan kepercayaan dan keyakinan," tambahnya. Ugaiz merupakan peguam di Peru dengan sejarah membasmi rasuah dan berkata, hanya 'seorang individu' mampu memberikan jawapan, iaitu Najib.

Beliau bagaimanapun berkata, jika individu itu enggan ke hadapan, hanya badan penyiasat bebas yang tidak mempunyai kaitan dengan campur tangan politik boleh mencari kebenarannya. "Sehingga itu berlaku, tiada dakwaan daripada kerajaan berkenaan anti rasuah akan kredibel," katanya. Kuala Lumpur menjadi tuan rumah penganjuran IACC dan Najib akan memberikan ucaptamanya.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low berkata beliau menasihati Najib supaya menarik diri daripada merasmikan IACC kerana khuatir keadaan menjadi 'ganas'. Persidangan di Putrajaya itu dihadiri lebih 1,000 perwakilan akan tamat Jumaat ini. – 2 September, 2015.
Share this article :

1 ulasan:

Zack berkata...

Najib tak nak pecat Kumpulan Anti Rasuah ke macam dia pecat TSMY dan Shafie?

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger