Home » » MR Nazri Ulang: Hudud Hanya Di Bincang Orang BODOH

MR Nazri Ulang: Hudud Hanya Di Bincang Orang BODOH

Written By canang on Jumaat, 18 September 2015 | 9/18/2015 02:57:00 PTG

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menempelak mereka yang berdebat mahu pun bertelingkah soal Pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sebagai ‘orang bodoh’.
Politikus lantang itu berpendapat, tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai agenda hudud PAS kerana pada dasarnya kanun keseksaan berasaskan Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan dilaksanakan di Malaysia.
“Mereka yang bercakap tentang perkara ini, tak kiralah daripada parti mana sekali pun, adalah bodoh. Ia hanya boleh berlaku sekiranya Perlembagaan Persekutuan diubah.
“Jadi kenapa perlu kita bercakap atau ambil peduli tentang sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan dan yang tidak akan berlaku Ia adalah perkara yang sia-sia,” kata beliau.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri portfolio perundangan itu menegaskan hukuman untuk jenayah dan samun di bawah hudud tidak boleh diluluskan sebelum Perlembagaan diubah kerana mahkamah sivil sudah mempunyai hukuman-hukuman yang jelas  untuk kesalahan-kesalahan berkenaan.
Beliau menambah memperkasakan Mahkamah Syariah untuk mengenakan hukuman-hukuman berkenaan memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen untuk mengubah Perlembagaan.
“Apa yang penting, kita perlu menghormati undang-undang; itu adalah Perlembagaan kita.
“Jikalau kita bertegas untuk mempunyai undang-undang berasing, orang lain pun boleh meminta undang-undang lain untuk mereka juga. Ini adalah satu kebodohan. Saya tak peduli apa orang lain kata, saya beranggap ianya bodoh,” kata Datuk Seri Mohamed Nazri.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu juga berpendapat PAS akan gagal untuk mengemukakan dua rang undang-undang persendirian ahli mengenai hudud di Parlimen kerana ‘ada banyak perkara yang lebih mendesak untuk dibincangkan’.
“Setiap sesi kita ada banyak rang undang-undang persendirian ahli (private member’s bill) yang tidak dibincangkan. Umno tahu hudud tidak akan diluluskan, ia adalah usaha yang sia-sia,” jelas beliau.
Negeri Kelantan pimpinan PAS meluluskan perubahan kepada Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 untuk melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu.
Kesemua 12 ahli Dewan Undangan Umno bersetuju dengan perubahan itu tetapi pemimpin peringkat nasional parti itu masih belum mengatakan sokongan yang sama akan diberikan kepada cita-cita hudud PAS di peringkat pusat.SUMBER
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

betul tu nazri

sepatutnya bila PR menang memerintah malaysia baru blh dibincang hudud

ketika itu blhlah kaji pinda perlembagaan

nk hudud nk hudud tp jahil undang2.... memang bodoh

dh tu tuduh org lain nati islam sebb tk nk hudud

bukan tknk hudud... kita tknk jadi bodoh sebb tktau cara

nk tegak hudud

memalukan islam je puak serban jubah tu

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger