Home » » PENDEDAHAN TERBARU RAFIZI,NAJIB MAHU BELI KAPAL PERANG BARU

PENDEDAHAN TERBARU RAFIZI,NAJIB MAHU BELI KAPAL PERANG BARU

Written By canang on Selasa, 1 September 2015 | 9/01/2015 08:31:00 PTG

Negara sedang tenat, Najib Razak masih pertimbang beli kapal perang baru yang harganya berbilion-bilion. Mungkinkah beliau sudah dapat penderma baru?
1 SEPTEMBER 2015
BATALKAN HASRAT PEMBELIAN KAPAL PERANG KELAS MISTRAL YANG DIANGGARKAN BERNILAI RM3 BILION
Saya memetik satu laporan oleh The International Business Times bertajuk “France Russia Mistral Ships Update: Malaysia To Buy Aircraft Carrier” http://www.ibtimes.com/france-russia-mistral-ships-update-m… bertarikh 26 Ogos 2015 mengenai hasrat Kerajaan Malaysia membeli sebuah kapal perang pengangkut helikopter dari Kerajaan Perancis.
Akhbar-akhbar antarabangsa turut melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian bakal mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam rangka lawatan 2 hari ke Malaysia bermula semalam. Rombongan beliau akan turut disertai oleh wakil-wakil dari industry persenjataan Perancis termasuklah Dassault Aviation, Thales, Safran, DCNS, DCI dan MBDA (seperti kenyataan rasmi Kedutaan di Malaysia pada 27 Ogos 2015). Berita-berita ini padan dengan desas-desus bahawa lawatan Menteri Pertahanan Perancis itu adalah untuk merundingkan penjualan sebuah kapal perang kelas Mistral kepada Kerajaan Malaysia.
Semakan mengenai kapal perang kelas Mistral yang dilaporkan secara meluas merujuk kepada dua buah kapal perang pengangkut helikopter kelas Mistral yang pada asalnya ditempah oleh Kerajaan Russia. Kapal-kapal yang dinamakan Sevastopol dan Vladivostok ini sepatutnya diserahkan kepada Kerajaan Russia tahun 2014 dan 2016 tetapi tergendala apabila Kerajaan Perancis membatalkan kontrak penjualan itu ekoran rekod buruk hak asasi manusia Kerajaan Russia.
Semakan juga menunjukkan sebuah kapal perang kelas Mistral ini dianggarkan berjumlah sekitar USD600 juta dalam tahun 2012. Mengambil kira kenaikan harga dan kadar matawang terkini (anggaran kos USD650 juta pada kadar matawang RM4 kepada USD1), ini bermakna kos pembelian kapal perang kelas Mistral ini boleh mencecah RM2.6 bilion. Mengambil kira kontrak penyenggaraan dan bantuan teknikal yang selalunya bernilai ratusan juta, saya menganggarkan pembelian ini boleh memakan RM3 bilion dana rakyat.
Itu tidak termasuk pembelian helikopter yang diperlukan sebagai melengkapkan kapal perang kelas Mistral ini.
Saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Razak dan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein membentangkan kepada Parlimen dalam sessi akan datang penjelasan-penjelasan berikut:
1. Kenapa Kerajaan Malaysia berniat membeli sebuah kapal perang yang direka dan dibina untuk armada laut Russia yang strategi pensejataannya begitu berlainan dari Malaysia? Bukankah lebih baik sebarang tempahan kapal baru mesti mengikut strategi jangka panjang tentera Malaysia?
2. Berapakah kos keseluruhan pembelian kapal ini termasuk dengan pembelian helikopter dan kontrak-kontrak bantuan teknikal? Jumlah ini perlu dibentangkan kepada rakyat sebelum sebarang keputusan dibuat.

Pembelian kapal selam Scorpene terpakai semasa Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan dahulu telah mengundang pelbagai kontroversi termasuk pembayaran komisen sehingga RM500 juta dan skandal pembunuhan gadis Mongolia Altantuya Sharibu yang masih belum selesai.
Kini, pentadbiran beliau dilaporkan ingin pula membeli sebuah kapal perang yang dibina untuk negara lain semasa ekonomi negara merudum.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Beli kapal perang nak tembak roket bagi jatuh kena mata baru jd haru biru.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger