Home » » Video ‘Himpunan Baju Merah’ Umno Kota Baru bakar patung pemimpin DAP menjelang

Video ‘Himpunan Baju Merah’ Umno Kota Baru bakar patung pemimpin DAP menjelang

Written By canang on Isnin, 14 September 2015 | 9/14/2015 07:58:00 PTG

Menjelang "himpunan baju merah", Umno Bahagian Kota Baru menganjurkan sebuah program membakar patung pemimpin DAP berpakaian baju Bersih 4 sebagai persediaan untuk turun ke himpunan di Kuala Lumpur itu pada 16 September ini.



sebuah klip video dimuat naik di laman sosial YouTube, ahli-ahli Umno dilihat membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang diketuai Ketua Bahagian Kota Baru Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Upacara itu berlangsung dalam sebuah program yang diadakan pada 13 September baru-baru ini ibu negeri Kelantan itu.

Fatmi yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak dalam video itu memberi ucapan menyeru ahli Umno supaya menyertai himpunan pada 16 September demi mempertahankan maruah orang Melayu.

 "Orang Kota Baru berjuanglah, berjuanglah demi agama, bangsa dan negara," kata Fatmi.

Beliau juga mengecam kedua-dua pemimpin DAP dan penganjur Bersih 4 yang mahu memecah-belahkan kaum Melayu.

"Kita bakar patung mereka ini sebagai simbolik, simbolik kita protes, kita tentang semua Bersih yang menipu ini

.

"Setuju atau tidak? (kemudian disambut oleh orang ramai yang hadir). Mereka ini durjana, celaka nak memecahkan orang Melayu dan memecahkan negara ini," kata Fatmi dalam video itu.

Himpunan baju merah atau dikenali Himpunan Rakyat Bersatu dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober depan, bertujuan antara lain, membantah himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Najib sebelum ini berkata, Umno tidak menaja himpunan itu tetapi tidak akan menghalang ahlinya daripada menyertainya.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider pada hujung minggu lalu mendedahkan mengenai notis dikeluarkan Ibu Pejabat Umno yang mengerah ahli-ahli di bahagian untuk turun ke himpunan tersebut.

Dalam sepucuk surat dikeluarkan Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh mengarahkan wakil semua perhubungan negeri menghadiri satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan himpunan baju merah pada 4 September lalu.

Rauf mengesahkan mengenai mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider tetapi berkata surat itu sudah "overtaken by events" dan menyifatkan ia sebagai persediaan jika terdapat jemputan daripada pihak penganjur. – 14 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-kota-baru-bakar-patung-pemimpin-dap-menjelang-himpunan-baju-merah#sthash.XkuR0TCq.dpuf

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger