Home » » Zainal cabar KJ gantung FAM

Zainal cabar KJ gantung FAM

Written By canang on Ahad, 13 September 2015 | 9/13/2015 09:56:00 PG



Itu reaksi Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, Zainal Abidin Hassan terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang ingin menggantung badan induk itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Amaran KJ kepada FAM: Berubah atau digantung]

Bekas pemain kebangsaan itu turut menyifatkan tindakan dan kenyataan menteri tersebut merimaskan dan dianggap kebudak-budakan selain memburukkan lagi keadaan.

“Kita tahu betapa sedihnya situasi bola sepak dan jika beliau benar-benar mempunyai kuasa dan mempunyai tujuan yang baik untuk bola sepak, gantung lah FAM dalam masa seminggu ini dan kita tengok apa kebaikannya dan kalau baik, saya dan rakan sejawat terima kalau digantung demi kebaikan bola sepak.

“Saya sebagai seorang yang dah lama dalam bola sepak ini sudah naik rimas dengan kenyataan beliau sebegitu di dalam surat khabar,” katanya di Kuantan, hari ini.

Menurutnya, KJ selaku menteri tahu undang-undang dan syarat yang perlu diatasi dan bukan mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Kami inginkan seorang menteri sukan yang memperbaiki keadaan dan bukan hanya bola sepak tetapi untuk semua sukan dan bukan dengan cara pergi ke stadium, duduk bersama penyokong bersama-sama memalukan pasukan negara kerana ini satu dorongan yang tak baik selaku menteri.

“Kami nak menteri yang memberikan dorongan atau memperbaiki sukan bola sepak, beliau pun pernah memegang jawatan tertinggi di FAM, pernah merancang program Myteam, tetapi gagal,” katanya lagi.

Zainal Abidin yang juga pengendali Pahang itu menegaskan sepatutnya KJ mencari sesuatu mekanisme yang lebih baik untuk bangkitkan bola sepak dan bukan dengan kenyataan sebegitu.

“Beliau pun rakyat Malaysia, saya pun rakyat Malaysia, saya rasa amat malu jika mendapat kenyataan daripada seorang menteri sebegini,” katanya.
“SAYA cabar beliau (KJ) untuk menggantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu minggu ini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger